Tuesday 26 February 2013

Takut Kahwin


Sebelum berkahwin, yang lelaki mengalahkan hero malaya, bila kahwin kalah KL Gangster. Bagi yang wanita pula, sebelum kahwin pijak semut pun tak mati tapi bila dah kahwin, harimau pun takut. Bila dah tinggal sebumbung, barulah korang akan tahu perangai sebenar seseorang tu. Oleh sebab tu, ramai kawan mengadu takut kahwin sebab takut pasangan berubah.

Lebih-lebih lagi bila individu tersebut dikelilingi oleh orang-orang yang gagal dalam perkahwinan. Mesti akan berfikir panjang punya nak kahwin tapi jangan risau sebab pasangan berubah atau retaknya rumah tangga bergantung dengan individu.

Ada juga pasangan yang masa bercinta bagai nak rak tapi lepas kahwin perasaan dan kasih sayang tu makin pudar. Ni sebab dah berabis sangat masa bercinta. So, bila dah kahwin, madu perkahwinan tu dah habis, tak manis, sebab tu perkahwinan jadi tawar. Bila dah tawar, mulalah cari lain @ curang yang membawa kepada keretakan rumah tangga 

Tidak kira sebesar mana pun badai yang datang dalam rumah tangga, penyelesaian masalah yang diambil perlu berlandaskan syariat Islam. Sebab ALLAH tu maha bijaksana. DIA mengatur makhluknya dengan hukum-hakam agama yang membawa kebaikan kepada sesiapa yang mengikuti hukum-hukum tersebut. Even dalam perkara-perkara kecil. Contohnya, kalau nak keluar rumah, isteri mesti minta izin suami. Relevantnya, mengelakkan timbul perasaan cemburu pada suami. Well you know, dari perasaan cemburu tu akan menghasilkan banyak lagi masalah. So, that is why kena ikut macam yang Allah dah tetapkan, dah suruh.

So, nak suami/isteri yang ambil penyelesaian cara Islam, pilihlah bakal suami/isteri yang ikut cara Islam. Bukannya yang cantik molek ayu diluar sahaja, tetapi dibelakang tabir (behind the scene of my future wife) pun cantik molek dan ayu juga. Bagi wanita pula, jangan cari sekadar yang kaya, berkerjaya, sasa dan yang sekutu dengannya. Sebaliknya, pengetahuan agama dan pengamalannya ( bukan sekadar tahu tapi AMAL) yang patut dititik beratkan terlebih dahulu dalam memilih calon suami. Wanita memilih, bukan sekadar dipilih.

Takut nak kahwin? Same goes to me tapi itu dulu. Honestly i am surrounded with people who are failed with their marriaged dan tengok banyak perkahwinan yang gagal. Sekarang tak takut lagi sebab its depend on individu. Tidak semua orang sama. Umpama kapal yang berlayar dilautan, we are captain for our own ship dan kita yang akan mengemudikan kapal tersebut. Bonus dari Allah, Allah dah bagi semua petua-petua hidup bahagia dunia dan akhirat termasuklah dalam hal-hal rumahtangga. So, kalau nak happy, ikutlah yang Allah perintahkan.




12 comments:

  1. Betul betul betul.. tak semua orang sama. Yang penting elakkan berkhawin dengan bersandarkan cinta semata-mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..lebih2 lagi sebab harta..sekarang ni kn zaman materialistik.. huuuuu..minta di jauhkn

      Delete
  2. Betoi ~ lagipom hidup berdasarkan syariat ; In shaa Allah jodih kekal selamenye ~

    ReplyDelete
  3. ya semuanya bergantung pd bagaimana individu2 tsbt hendel rumah tangga masing2..

    ReplyDelete
  4. semuanyer ikut individu tu sendiri..kene pndai manage.

    ReplyDelete
  5. Betul tue... keadaan lebih kurang tapi kita yang memilih.. Kahwin mengikut syariat..tuntutan..insyallah selamat dengan ada Allah di cc..

    ReplyDelete
  6. Soal takut kahwin tak kan wujud kalau kita ikhlas kerana Allah...InyaAllah DIA akan bagi kita nikmat rumah tangga yang terindah :)

    ReplyDelete
  7. Betul tu ... cintai dan kahwini seseorang itu kerana ALLAH ... :) selamat dunia & akhirat

    ReplyDelete
  8. baguslah dah sedar..yup..kalau perkahwinan berlandaskan syariat..insyaALLAH kekal hendaknya.amin :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...