Ceria menanti hadirnya musim bunga, menghayati sinaran matahari yang menyentuh pipi setiap kali keluar rumah dan salji semakin cair. I just love it and this make me so happy. Suka sangat keluar bila musim salji dah nak angkat kaki. Yeppi!!! Keluar kelas pun semangat. (Tapi main post ni bukanlah nak cerita pasal musim bunga.)
Musim bunga tahun lalu |
Kita (saya) jauh lebih beruntung dari mereka. Mereka siapa? Mereka yang hidup serba kekurangan, yang cacat fizikal, yang cacat mental dan banyak lagi kesukaran hidup yang terpaksa ditempuhi termasuklah kehilangan ibu bapa pada usia yang cukup muda.
"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di Jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, setiap tangkai mempunyai 100 biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang dia kehendaki dan Allah maha luas, maha mengetahui..."
(QS. Al-Baqarah: 261)
Setiap kali keluar p kelas biochemistry dan physiology hari isnin dan rabu, mesti tengok makcik-makcik yang minta sedekah tepi jalan. Masa balik dari kelas, nak naik kereta, ada dua orang lelaki, seorang normal dan seorang terencat.
Sebut dalam hati: Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Aku jauh bertuah dari mereka.
Sangat-sangat bersyukur dengan pemberian Allah selepas melihat penderitaan orang lain. Jika Allah menarik balik memberianNya atau memberi sedikit kekurangan, jangan bersedih! Ingatlah, masih ramai lagi insan diluar sana yang kesusahannya berlipat kali ganda.
Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, tidak kaya untuk merasa tinggi diri dan tidak miskin untuk mengharap selain dari Allah, lahir dengan fizikal yang sempurna tanpa cacat cela, tidak terencat akal dan yang paling penting, mempunyai kedua-dua ibu bapa yang memberi hadiah termahal dalam hidup: islam sejak lahir. It is more than enough to thank to Allah
Sempurna... Orang kata, tiada manusia yang sempurna dan kesempurnaan hanya milik Allah. Layakkah kita untuk membandingkan taraf kita dengan pencipta? Kita sempurna, tapi in term of human. Sebab apa kita sempurna? Sebab Allah yang menyempurnakan penciptaan kita. Betul tak?
Its ME di kelilingi oleh tulip. Stay baca blog ni and i will update cerita dan gambar musim bunga tahun ni |
Tulip hasil musim bunga 2012. Can't wait for tulip 2013 berkembang. |
Ibarat musim, selepas winter Disember yang sejuk beku, Allah kirimkan spring yang indah dan menenangkan. Semoga Allah mengirimkan ceria dan bahagia buat mereka yang kurang bernasib baik. Walau bukan di dunia, mungkin diakhirat kelak. InsyaAllah.
cantiknya tulip tue ... untungnya dpt merasa musim bunga. mesti segar jerk kn ^^
ReplyDeleteyup2..syok giler :) lebih2 lagi bila orang bwa bunga..harum giler..ros brlambak2..suka sangat <3
DeletesubhanaALLAH cantiknye
ReplyDeletecantik kn..ada lagi 1 taman belum buka,,bila tgok cantik giler..sejuk mata tengok
Delete