Sunday, 10 February 2013

Masihkah Ada Pemilik Mahar Tinggi?



Speak about Marriage, women nowadays are just to materialistic on finding the right future husband. Mesti setaraf dengan status pendidikan, mesti lepasan universiti, mesti ada kereta, kerjayanya mesti lebih dari 4k and all that stuff that mention about material semata-mata. Bila dah jumpa calon yang sesuai pula, masing-masing berlumba-lumba dengan tingginya mas kawin seolah-olah ibubapa menjual anak gadis mereka diatas nama pernikahan. 

 Namun, wahai wanita yang mengejar kebahagiaan, jangan pernah lalai untuk menilai tentang agama bakal suami dan ketaqwaannya kepada Allah. Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim dinyatakan dengan jelas,

 "dinikahi seseorang itu kerana 4 perkara: harta, keturunan, kecantikan dan agama. Maka, pilihlah agamanya, nescaya dirimu akan beroleh keuntungan"



Wahai Wanita bergelar muslimah,

Mari kita lihat perbezaan kita dengan Ummu Sulaim, pemilik mahar tertinggi. Mas kahwinnya bukanlah ribuan mahupun jutaan wang melainkan keislaman Abu Thalhah menandingi semua harta yang wujud di alam fana ini, sekaligus meletakkan Ummu Sulaim sebagai pemilik mahar tertinggi. Meskipun Abu Thalhah pada mulanya melamar Ummu Sulaim dengan emas dan perak, Ummu Sulaim tetap menolak dengan tegasnya, membuktikan betapa unggulnya akal dan kuatnya keimanan Ummu Sulaim terhadap penciptanya. 

Lihatlah, betapa kehambaan dan cinta Ummu Sulaim terhadap Allah hingga menolak segala kemewahan yang disediakan oleh Abu Thalhah. 

Seringkali menjadi dialog orang ramai:

"Hello!!! cinta mana boleh bagi makan wooo. We need money to survive"

 Mengapa perlu mempersoalkan status material lelaki? Bukankah rezeki itu di tangan Allah? Jika baik amalannya, HEBAT kehambaannya kepada Allah, Insya Allah segala-galanya akan baik. Sebab apa? Bukankah Islam itu agama Allah, dan Islam itu merangkumi seluruh aspek, cara hidup yang baik. Jika keimanannya teguh kepada Allah, insya Allah, 'dia' akan patuh dan mengikuti cara hidup Islam, termasuklah dalam aspek kekeluargaan dan tanggungjawap suami terhadap Isteri dalam menyediakan kelengkapan untuk Isteri. So, no worries dalam hal kewaangan :)

Apalah gunaanya harta dan kedudukan bila tidak memperolehi kebahagiaan? Apalah guna suami berpangkat tinggi, jika tidak mengikuti syariat Allah, melanggar batas-batas agama, tidak takut kepada Allah, melanggar hukum-hukum pernikahan, lantas membawa kepada keretakan rumah tangga.

Masihkah ada pemilik mahar tinggi seperti Ummu Sulaim tatkala dunia semakin menghimpit, menuntut penguninya memeluk dunia melebihi akhirat? 

Betapa berbezanya pandangan Ummu Sulaim jika dibandingkan dengan wanita masa kini. Itu pandangan wanita. Pandangan wanita bergelar muslimah pula? Saya harap, pandangan muslimah yang membaca juga sama pandangannya dengan Ummu Sulaim, meletak cinta Allah melebihi cinta dunia agar tenang menjalani kehidupan, di dunia dan akhirat Insya allah.

#Semoga para pembaca sentiasa dibawah naungan rahmat Allah dan menemui pasangan yang mencinta kerana cinta pada Pencipta yakni Allah, zat yang maha kaya.


4 comments:

  1. suka entry nie ., kalau perempuan kat luar sana fikir mcm kamu fikir dan terima seadanya.. maka bahagialah dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagu dkt blog awak, lirik dia macam ni:
      "bimbing wanita dengan keimanan, bukan harta.."
      oup,kalau sudi meh jenguk video related dgn post ni
      http://youtu.be/2-e7yFl2ero

      Delete
  2. lagu "wanita" tu mmg sgtlah berkesan dekat jiwa yaya..
    mahar wanita yang tinggi itu sgtlah berharga walaupun realitinya ia tidak seberapa dipandangan manusia zmn sekarang..
    insyaAllah mahar yang tinggi ini yaya mahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. smoga kita trgolong dlm pemilik mahar y tinggi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...