Friday, 21 February 2014

Wallah!! Resepi Spaghetti Carbonara Simple dan Sedap

                                                 

Berkumpul habuk kat blog ni. Alahai, kesian. Lama terbiar. Satu minggu dah selsema dan muntah-muntah. Tak larat. Katil jugalah tempat lepak paling ideal. Alhamdulillah, sekarang dah okay. Ini pun baru balik dari kelas. Habis jam 7 pm :x
Sebab kurang sihat, macam-macam saya rasa nak makan. Kalah orang mengidam. Kek mosit coklatlah, carbonaralah. Haa, kali ni nak share resepi spaghetti carbonara simple dan sedap (Eh, kau buat sedap ke Nina?) Yang penting hilang kempunan. 


Bahan-bahan:
1 pek Spaghetti
2 biji telur
Seulas bawang putih
Minyak/ butter
Cheese
Daging
Black pepper
Garam

Cara-caranya:
1. Hiris atau smash bawang putih. Tumis dan ketepikan. Then, masukkan pulak daging. Seeloknya, daging tersebut dihiris kecil-kecil. Senang nak masak. Untuk itu, kita perlukan minyak. Terpulanglah nak guna minyak kelapa sawit, minyak jagung, minyak sayur atau butter as long as tak melekat di kuali. Biasanya saya tak guna minyak banyak, sebab daging tu pun nanti akan keluarkan minyak. Nak guna apa-apa daging pun boleh. Haa, yang halal. Jangan letak bacon sudah. 

2. Masukkan 2 biji telur dan keju dalam mangkuk. Cheese tu saya biasanya guna sekeping cheese. Kalau nak guna yang cheese berbuku pun boleh. Any cheese pun boleh. Then, goncang telur dan cheese tu. 

3. Didihkan air dan masukkan spagetti, garam dan black pepper. 

Campurkan 1, 2, dan 3. (Telur tu memang tak perlu masak. Heat dari spagetti yang akan buat dia masak)

                                                
Susah sangat nak faham instruction kat atas? Tengok video ni, simple gila

Ni resepi orang malas. Hahaha, banyak lagi resepi yang sedap-sedap. Contohnya korang boleh tambah cendawan, sayur-sayur. Biar nutrition dalam makanan tu seimbang.

Selamat mencuba ;)

9 comments:

  1. wahhh.. terliurnya tengok. huhuhu

    ReplyDelete
  2. kat sini klu nak masak spagetti , selalunya guna jer bhn yg ada . tu yg jadi spagetti ala malaysia .

    ReplyDelete
  3. serius masa baca entri ni, perut lak terasa lapar.. adehh

    ReplyDelete
  4. Pandai anak dara nie masak rupa nyer!! :D (y)

    ReplyDelete
  5. nice.. dah la x makan tengah hari lagi ni.. heheh

    ReplyDelete
  6. sis nina sedapnya .. sys meh la join sys hadiah gempak http://adindaevangelistanil.blogspot.com/2014/03/segmen-rm100-x-2-daily-ahmad-by-nil.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...