Friday 8 February 2013

Banyak perbezaan VS Satu Persamaan.


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥

.....ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ...

dan salam jumaat.


Selalu dengar kawan cakap:

- "Ko pelajar sains, aku pelajar sastera. Kita berbeza. Manalah ko nak berkawan dengan aku"

- "Ko budak pandai. Aku?"

-" Awak dari keluarga berada. Kita tak sekufu"

- dan banyak lagi...

Manusia dilahirkan oleh ibu yang berbeza, dengan warna kulit yang berbeza, jantina yang berbeza, nama yang berbeza, bangsa yang berbeza dan sudah semestinya takdir dan rezeki yang berbeza.

Perlukah kita mengkategorikan manusia dan menilai manusia dari perbezaan-perbezaan 
kecil ni?


Kita semua sama disisi Allah dan Amalan itu kayu pengukurnya

HAMBA ALLAH- persamaan yang akan menghapus semua perbezaa.

Manusia memang akan sentiasa berbeza dan mempunyai banyak perbezaan tapi kita tidak harus melihat pada perbezaan yang banyak tapi kecil jika dibandingkan dengan satu persamaan. Persamaan tu, kita semua hamba Allah.

Tidak kiralah miskin atau kaya, bijak atau kurang bijak, tinggi atau rendah, berpangkat atau tidak, kita semua sama dan tetap hamba Allah. Tidak kira seluas mana pun kekuasaan seseorang itu, dia tetap hamba Allah yang sama disisi dan pandangan Allah melainkan amalan yang akan menaikkan darjatnya.

So, kenapa perlu melihat pada perbezaan jika Allah memandang kita bukan pada pencapaian mahupun harta, sebaliknya pada amalan semata-mata.

Dear my beloved readers, sama-sama kita tingkatkan amalan, jauhkan diri dari perasaan tinggi diri dan bongkak agar Allah memandang kita tinggi berbanding umat yang lain.




4 comments:

  1. wow, u are engaged! i didn't see that one coming :P
    btw, cool video. sweet :D

    ReplyDelete
  2. tQ.. but just lost my engagement ring yesterday.. die la

    ReplyDelete
  3. omg. still haven't found it today? haa haa, tak tau, haa haa, tak tau. hehe
    search betul2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nope.. ==" benda tu kn kecil.haih..ntah mis place d mana pula..dkt uma jak ni misplace.. pegang jari rasa lain teyda cincin.. hua..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...