Thursday 11 April 2013

Pengumuman Tarikh Kiamat

Pengumuman tarikh kiamat. Sah-sah lah kiamat ni rahsia Allah. Kalau kiamat ni didedahkan tarikhnya, macam mana ekh? Semua berpusu-pusu nak bertaubat? Ada ke yang masih leka dengan dunia? Party maybe.

Semalam aku mimpi tarikh kiamat di announced, diumumkan. Sesuatu terjadi dengan dunia. Yang aku ingat, air dan tenggelam. Bencana alam yang mengakibatkan dunia hilang, kiamat.  Semua orang lari ke satu tempat iaitu masjid. Dalam masjid tu, orang dari seluruh dunia berkumpul. Tak sure masjid mana tapi masjid tu memang satu-satunya tempat yang kononnya selamat.

Aku pun pergi masjid tu. Bila aku kalih, ada kawan chinese non muslim guna tudung. Dalam hati aku, "dia masuk Islam ke?"

Beberapa minit lepas tu, orang pun bergerak keluar. Pengumuman kiamat tu ditarik balik. Ramai yang bersorak. Nauzubillah. Baru lepas dari azab dah bersorak. Bila aku nak melangkah keluar dari pintu masjid tu, aku tengok muslimah bertudung labuh diluar kawasan masjid tu. Aku hairan kenapa mereka tak masuk dalam masjid tadi.

Salah seorang kata: dalam tu penuh sangat, bagi peluang yang tak pernah masuk dalam masjid tu. Lagipun, kami dah biasa dalam masjid tu.

Lepas tu, aku tercengang dan stay dalam masjid, muhasabah diri. Tiada siapa tahu takdir dan nasib kita. Esok hidup lagi atau tak.

Bila aku bangun, aku dah lewat untuk solat subuh.

Tersirat, tersurat atau mainan tidur, semoga jadi pengajaran.

5 comments:

  1. muhasabah diri perkara yang terbaik dear :)...

    ReplyDelete
  2. terbaik entri ni..saling memperingati....

    ReplyDelete
  3. muhasabah diri :) dengan pekara yg positive

    ReplyDelete
  4. Terbaik mimpi akak tu, automatik kita muhasabah diri kan..
    iha dulu pernah jugak mimpi dah nak kiamat.. semua orang berkumpul di kaabah, pastu ada cahaya putih je.. wallahualam.. mungkin mimpi camni bagi kesedaran kat kita kot..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...