بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ
Kadang-kadang, diri terlupa seketika bahawa bila kita mengata keburukan orang lain, kita sama BURUK macam orang tu. Allah bersabda melarang hambanya melakukan perbuatan mengumpat dan mengeji dalam Surah Al- Hujuraat ayat 12:
"...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu,patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Alah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah Al-Hujuraat, ayat 12)
Mengumpat diibaratkan umpama memakan bangkai saudaranya yang telah mati. Bila makan bangkai saudara sendiri memang jijikkan? Kalau umpama? (Alah, bukan makan betul-betul pun hanya 'diibaratkan'.) Memang tak makan betul-betu tapi wahai hati yang alpa namun sering menginginkan kebenaran, lupakah anda qisas Allah?Jika akal masih tidak tercapai untuk membayangkan azab di akhirat, ingatlah qisas dari Allah. Setiap perbuatan itu ada balasannya.
Bukan sekali malah berkali-kali berlaku orang yang mengeji perbuatan orang lain, perbuatan keji tersebut akan menimpa dirinya sendiri, keluarga atau orang-orang yang terdekat.
Contohnya dalam majlis perkahwinan dimana pengantin wanita mengandung ketika naik pelamin. AstagfirullahualAzim. Dosa memang dosa tapi itu urusan antara pasangan pengantin dengan Allah. Siapa tahu mereka telah bertaubat atau tidak? Nak dijadikan cerita, adalah tetamu yang tahu cerita pasal pengantin wanita ni mengandung. Dia sebarkan aib pasangan pengantin tersebut. Tunggu giliran awak. Beberapa tahun kemudian, dia pula naik pelamin dengan perut berisi. Bukan berisi makanan sahaja tapi ada benda hidup. Ya, bayi.
Another story. Bila wanita ni cakap pasal couple, fulamakk!!! Macam dia malaikat yang tak ada nafsu. Pasangan sentuh-sentuhlah, tak nak macam ni macam tu lah. (tak nak lah aku couple sebelum nikah. Dah lah sentuh sana sini. hish...) Lepas tu, dia pula yang bercouple bagai nak rak. Allah akan sentiasa uji kita.
INGAT!! Selagi kita belum nikah, kita masih belum merdeka, masih belum layak nak judge pasangan yang belum bernikah. Kita memang tak pernah layak untuk jadi hakim amalan baik atau buruk orang lain.
Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya maka dia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut ~ HR. TirmiziAllah bagi cash di dunia. Bukan dalam mengeji orang sahaja tapi dalam semua perkara. Bila kita buat buruk kat orang, tunggu qisas dari Allah. Bila awak aniaya orang lain, tunggu qisas dari Allah.
Allah dah bagi cash amalan buruk saya. Bila saya tahu seseorang berbuat aniaya kat orang lain, saya diamkan. Saya bersubahat..Esok lusa, siapa tahu saya pulak dianiaya. Qisas Allah, meletakkan kita ditempat orang lain yang teruk keadaannya. Bila kita dah berada kat tempat tu, baru kita tahu perasaan orang tu. Owh, macam ni rupanya keadaannya. Ya Allah, Allah Al- Hakim (maha bijaksana) dalam menegur hambanya.
Perbuatan buruk kita, Qisas di dunia, azab di akhirat.
Kita manusia yang sering terlupa, lalai dan alpa. Menulis sebagai peringatan diri juga untuk kebaikan bersama.
Nice sharing kak Nina.. iha admit bila tengah marah selalu jugak TERlepas cakap or cerita pasal seseorang tu.. terima kasih atas peringatan.. :)
ReplyDeletebetul2..akak pn mcm tu juga..tp bila muhasabah diri..nauzubillah...bru tringt benda tu tak elok
DeleteBest topik ni..tapi gambarnya ganaas sgt ler
ReplyDeleteMashAllah..topik yang menarik..
ReplyDeleteseronok membaca :) thanks for sharing
ReplyDeletebetul apa yg akak ckp...
ReplyDeletekalau kita nampak dan lihat org tu jahat..
jangan kita lupa..
kita ni nampak baik sebab Allah tutup aib kita..
kalau Allah buka aib kita..
entah-entah kita lagi teruk dari org yang kita
tengok dia jahat tu..