Tuesday, 30 April 2013

Mulut Longkang



Korang tahu tak apa tu mulut longkang? Longkang tahu? Parit? Ha, kalau longkang ni kita sumbat dengan sesuatu, lama kelamaan dia akan mengeluarkan bau. Betul tak? Kalau mulut longkang pula?  Bukan longkang yang ada mulut tapi mulut macam longkang.

Orang mulut longkang ni bila kita cerita sesuatu kat dia, huh berbau keluar. Kita cerita rahsia kita kat dia sebab dia kawan yang dipercayai atau kita luahkan masalah dan cerita A, dia cerita pulak kat orang lain. Bukan setakat A yang dia cerita, berjela-jela kesinambungannya dari A,B,C… dan seterusnya. Dalam kata lain, pandai pula dia tokok tambah hingga menimbulkan banyak salah faham.

Bagi yang mulut longkang, sila terasa. Tengok kiri, tengok kanan, you know yourself better than anyone. Tepuk gigi, ukur mulut longkang sendiri.

Bagi yang bermulut longkang, anda bukan sahaja merosakkan silaturrahim orang-orang yang berada disekeliling anda, malah merosakkan hubungan anda dan rakan-rakan anda sendiri. So, bila kawan mula menjauhi anda, tanya diri: "Eh, aku mulut longkang yang macam Nina Maslizza tu cakap ka?" Atau ada sebab lain. Ha, salah satunya mungkin sebab anda bermulut longkang.



Longkang tak longkang, saya tahu pembaca saya orang yang baik-baik dan tak macam tu. Ya Allah, tak tahan dengan orang mulut longkang ni. Mulut bau longkang boleh tahan lagi (eh,sebenarnya tak tahan juga) compare dengan mulut longkang ni.

Bagi yang mulut bau longkang (kasarnya bahasa), tunggu post seterusnya. Saya nak tulis pasal air liur dan kebaikannya bagi mereka yang mempunyai masalah mulut berbau. 

4 comments:

  1. Haha.. taktau kenapa rasa mcm nak gelak je baca entri ni.. pernah jumpa manusia macam ni, rasa mcm nak bagi dia chewing gum byk2.. tapi perangai dia pun mcm longkang jgk (kasar pulak komen iha kali ni).. so better jauhkan diri dari org camni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah..tu la..kalau mulut busuk ble bgi chweing gum..klu ati busuk kena telan clorox..tak ada cara lain lagi.. :D

      Delete
  2. mulut berbau ok lg.. tapi kalau yang mulut longkang ni ish3... kebauan yang dikeluarkan tu menusuk kalbu.

    ReplyDelete
  3. wah! ini serupa entri sentap..

    ps/ jngn lupa bg detail secepat mungkin ya dear..thnx

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...