Monday 1 April 2013

Kesenangan Dunia: Nikmat atau Bala


 Dan dia (Qarun) tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias dengan segala kebesaran yang dimiliki. Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata “Alangkah baiknya kalau kita perolehi sepertimana yang diperolehi oleh Qarun, iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar”. (Surah al-Qasas, ayat 79). 

Beberapa tahun yang lepas, saya terdengar perbualan ibu dan anak lelakinya yang telah bergelar seorang bapa. Dialog mereka lebih kurang macam ni.

Emak: Bisnes pun bisnes juga, tuhan jangan lupa. Macam mana nak berjaya kalau solat. Kau tu dah kahwin, dah ada anak. Sepatutnya kau pembimbing isteri dengan anak tapi kau sendiri tak solat.

Anak: Orang cina yang non-muslim tak solat pun, berjaya juga.

Me: =_=”

Speechless. Dalam hati, berjaya mungkin didunia. Senang di dunia tapi diakhirat Wallahualam.

Surah Ghafir ayat 21: Apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka? Orang-orang itu lebih hebat kekuatannya daripada mereka dan lebih banyak peninggalannya di bumi tetapi Allah mengazab mereka kerana dosa-dosa mereka. Dan tidak akan ada sesuatu pun yang melindungi mereka dari azab Allah.

Kesenangan yang diperolehi didunia ni adalah nikmat Allah s.w.t tapi kesenangan itu juga satu ujian. Allah nak uji hamba-hamba-Nya yang beriman, sama ada bersyukur atau tidak dengan pemberian-Nya.
Bagi yang sememangnya lalai dengan dunia, Allah menguji mereka dengan kesenangan untuk menambah lagi kesesatan mereka.

 Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.  
Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”.  
Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah  telah membinasakan umat-umat sebelumnya  yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu  tentang dosa-dosa mereka.  (Surah al-Qasas, ayat 76-78).

Sebagai peringatan diri juga untuk renungan pembaca.
Thanks for reading

8 comments:

  1. Kadang2 kan, tegur saudara sesama Islam lebih susah dari tegur non-muslim.. betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 betul...kwn2 non muslim lebih respek n faham..y muslim ntah tak faham atau buat2 tak faham

      Delete
  2. itu yang kita takut..yalah bila kita senang banyak duit atau harta, dengan itu kita sudah lalai dan mudah melupakan ALLAH..itu hanya nikmat dunia yang smentara..rata2x orang yang kaya memang lalai dari tangunggjawab kepada ALLAH tapi tak semua orang..Semoga kita dijauhkan diri dari orang2x yang lalai...

    ReplyDelete
  3. kita takut bila kita sudah berada dalam kesenangan mudah kita melupakan Allah..mula lah kita mendabik dada..

    ReplyDelete
  4. Betol tu dear..kena seimbangkan dunia dan akhirat :)

    ReplyDelete
  5. Ramai yg belum mengenal Agama (Addeen), Islam (Islam) & Iman (alIman).
    * SesungguhNya : Usahlah mengaku Islam (Aktiqad)... Jika Iman (alIman - seluroh Isi alQuran) ..hanya di bibir mulut saja, BELUM MERESAP & ISTIQOMAH DI QALBU - Katakan lah : AKU BERIMAN.. (tetapi) ..ISLAM (Aktiqad di redhai Allah "alIslam") - BELUM LAGI...

    ReplyDelete
  6. Kesaimbangan @ Persempadanan @ VS :

    * Kebenaran > (VS - Jihad) < Kesalahan...
    * Kebaikan > (VS - Jihad) < Kejahatan...
    * Kebajikan > (VS - jIHAD) < Kemudharatan...

    Kata Rasul : VS - jIHAD itu adalah Perjuangan Paling Hebat... perjuangan Oleh Diri TERHADAP Diri Sendiri...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...