Monday 8 April 2013

Ilmu Pengetahuan Untuk Kebaikan Orang Islam



Tengah menaip sambil minum secawan halal kopi dari Malaysia another produk Chinese yang Kak Anis bagi. Cina ke, India ke tak kisahlah kan yang penting halal. 

Teringat pula satu post kawan blogger tentang pau Ahmad, produk halal kalau tak silap. Lupa dah siapa yang post tapi dalam post tu beliau cerita pasal owner dan pekerja kilang Ahmad tu semua cina. Tak tahu muslim atau tak. Salah satu pengusaha berbangsa cina kata, kalau nak berjaya dalam perusahaan di Malaysia, produk mesti halal sebab majoriti penduduk Islam. So, mereka produce barangan halal. Ahmad tu macam nama Muslimkan? Kawan blogger tu cakap Ahmad tu hanya driver. Walau ada logo halal, halal tak halal saya pun masih ragu-ragu. 

Itu cerita pasal pau. Produk dan perkhidmatan lain belum sentuh lagi. Majority dikuasai oleh orang bukan Islam. Padahal, majoriti penduduk di dunia ni Islam. Sebab apa? Sebab kurangnya ilmu muslim dan muslimah. Memang akhirat tujuan utama tapi Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 

"Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari"

Ada orang yang saya kenal kata:

"belajar tinggi-tinggi pun, nanti ilmu dicuri. Kononnya ilmu orang kafir. yang dapat nama pun orang kafir"

"tak payahlah nak study sangat dengan ilmu orang kafir"

Ilmu itu milik Allah. Semua orang layak untuk mencarinya. Ilmu bukan untuk mendapat nama tapi untuk dipraktikkan agar kita dapat memanfaatkan ilmu yang kita miliki, bukan untuk diri sendiri tapi untuk manfaat bersama.

Dengan ilmu dan iman, barulah kita dapat membawa Islam ke mata dunia sekaligus mengembalikan kegemilangan Islam.

Umat Islam tanpa ilmu, jadilah kita penganut yang terpaksa menerima dan terdesak mengguna barang dan perkhidmatan yang dikhuatiri mengikut syarak Islam atau tidak.

Tanpa iman pula, lahirlah ilmuan berjaya yang hilang identiti Islamnya. 


# Kagum dengan Hj. Yusuf, pemilik Ridwan Trading. Berjaya dalam bisnes tapi identiti Islam tak hilang.

# Saya nak jadi doctor yang hebat. Bila pesakit datang, serahkan keratan copy ayat-ayat Al-Quran  berkaitan yang dapat sembuhkan penyakit. As-Syifa. Insya Allah. Aminnnnnn

Note to my self, all muslim and muslimah yang hebat-hebat,
Jom study. Tingkatkan ilmu, tingkatkan iman.

Feel good- Memotivasi dan termotivasi. Sebab tu nasihat menasihati dan ingat mengingati digalakkan.








8 comments:

  1. Rasulullah sendiri pernah berkata...Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina... dekat situ pun dah nampak betapa pentingnya ilmu pengetahuan...tapi kita yang menuntut ni kenalah seimbangkan... jangan sampai berat sebelah...

    ReplyDelete
  2. islam is way of life .. ilmu sgt penting .. agar kita tak di tindas dan tipu .. tpi seimbngkn ilmu dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  3. * ISLAM-alIslam adalah Aktiqad (Ghaib Qalbu- Niat) di redhai Allah terhadap Hak2 MutlaqNya.
    MENGENAL DULU qalimah bacaan (alQuran) alIslam : LilIslam...

    * Way of life adalah Rukun & Syariat ISLAM-alIslam.

    SIAPA YG MENENTUKAN SYARIAT - SYARIAH ?.

    ReplyDelete
  4. ilmu agama itu penting..kalau tak susah tak ada panduan..

    ReplyDelete
  5. sape pun ada terbaca blog pasal pau ahmad yang bosnya adalah cina..lupa pulak apa nama blognya...
    nama islam tp owner cina macam ubat gigi safi..susah nak cari brand yang betul melayu punya...hmmm..ramai melayu @ islam kurang berminat untuk berniaga..semua nak amik jalan mudah macam judi, skim cepat kaya la dan sebagainya....berusahalah, dengan usaha In Syaa ALLAH ada ganjarannya..

    ReplyDelete
  6. hihi..betol tu dear...perpatah biasa dengar...menutup ilmu biarlah sampai ke negara cina kan...kat mana2 pun boleh...janji ilmu yang tak membelakangkan islam

    ReplyDelete
  7. ilmu tu penting, kalau masa kecik dulu ustaz selalu pesan, jangan merungut masa belajar.. setiap langkah nak ke sekolah tu Allah berikan pahala buat kita.. betapa pentingnya ilmu disitu.. dan teringat abang iha pernah cakap dulu, kongsi ilmu tak rugi langsung.. kita ajar sekali tak semestinya orang akan faham terus.. kena ajar banyak kali untuk faham dan ingat..

    #walaupun malaysia adalah negara Islam, tapi sangat susah nak berdakwah di hospital.. hak aurat muslimah sangat susah untuk dijaga, seolah-olah kita berada di negara lain.. fakta.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...