Monday, 7 October 2013

Ibu Bapa Pentingkan Diri, Tinggalkan Anak Mati Kelaparan


السلام عليكم

6 beradik yang yang kurang bernasib baik. 
Dah baca newspaper tak? Hah, ni kisah dari newspaper Malaysia, kisah enam beradik yang ditinggalkan oleh ibubapa mereka.

Berlaku di Kuala Selangor, sepasang suami isteri meninggalkan keenam-enam anak mereka yang masih kecil tanpa pengawasan orang dewasa dan tanpa makanan.

Yang menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja untuk mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir hampir mati akibat kelaparan.

Nasib baiklah salah seorang penduduk kampung terserempak dengan lima beradik tu berjalan kaki tanpa arah di kawasan perumahan tersebut.

“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu" Kata penduduk tersebut.

"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.

“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.

5 comments:

  1. kesiannya mereka. sampai hati mak ayah. :(

    ReplyDelete
  2. isk memang kejam...tak sangka ada ibu bapa yang tal bertanggungjawab cam nie...huhu

    ReplyDelete
  3. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab

    ReplyDelete
  4. '‘Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali,”

    (Al-Baqarah [2]: 155-156)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...