Sunday 24 March 2013

Suami Dera dan Pergunakan Isteri. Binatangkah Dia?

Dengan sepasang mata yang jernih ni, aku melihat dia dibesarkan, dididik dengan penuh kasih sayang, dicukupi segala keperluannya, dimanja, di ajar ilmu yang berguna hingga kemenara gading dan diberikan perlindungan oleh ibu bapa selama 23 tahun. Tatkala ibu bapa menyerahkan amanah dan tanggungjawap tersebut kepada suami, mengharapkan suami akan menjaga anak gadis mereka sama atau jauh lebih baik dari apa yang mereka berikan selama ini. 

Namun, segalanya sirna. Punah dan hancur hati kedua ibubapa melihat puteri yang dibesarkan dengan titik peluh mereka, diperhambakan sendiri oleh suami.  Mengharapkan suami sebagai pelindung tapi sebaliknya suami yang mendurjanakan diri. Terdera bukan hanya fizikal tapi juga mentalnya. Allahu akhbar, terasa bak satu tangan kasar menggenggam ganas hatiku. Sakit dan pedih. Apatahlagi ibu yang melahirkan puteri ini.
 Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '
Ya Allah, hati kewanitaan ini turut pilu dan sebak tatkala mendengar kisah wanita yang baru sahaja selamat melahirkan bayi untuk suaminya, dicurangi dari saat bermulanya pernikahan mereka, ketika dia mengandung juga selepas melahirkan zuriat untuk lelaki tidak berperikemanusiaan itu.  Menitis air mata ni. Walau diri ini tidak berada ditempatnya tapi cukup untuk merasakan derita dijiwa seorang wanita bergelar isteri. 

Tidak cukup dengan dicurangi suami, malah diperhambakan dirumah mertua. Badannya kurus mendadak, cekung. Satu ketika dahulu, dia pernah terlantar di hospital lantaran kandungannya lemah kerana kurang rehat dan terlalu banyak berkerja. Tidak cukup dengan kerja pejabat, ditambah pula dengan kerja-kerja rumah termasuk mop lantai menggunakan tangan setiap hari. 2 kali sehari atau mungkin lebih. Apalah ertinya teknologi dicipta jika bukan untuk memudahkan manusia? Sekadar perhiasan untuk dijadikan tontonan jiran yang berkunjung?
  

Adakah akad nikah itu kontrak kekal untuk memiliki orang gaji tidak berbayar seumur hidup? Tidak!!! Sungguh cetek akalmu wahai LELAKI DURJANA. Akad nikah sungguh suci dan lebih bermakna dari itu. 

Memang tugas isteri menjaga kebajikan suami. Dalam Al-Quran tercatat sebegitu. Ya memang tugas isteri menjaga kebajikan suami tapi Allah tidak pernah berfirman untuk menjadikan isteri hamba didalam rumah tangga sebaliknya isteri selaku peneman hidup yang BERHAK untuk merasakan kasih sayang seorang bergelar suami. Kasih sayang itu tidak hanya dilafazkan melalui bibir tapi turut terzahir melalui perbuatan.  
'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. ' (ar-Ruum:21)
Rasulullah s.a.w., khudwah hasanah, sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Pemimpin terhebat sepanjang zaman. Walaupun begitu, baginda sering membantu isteri dalam mengendalikan urusan rumah tangga termasuklah menjahit sendiri baju yang terkoyak dan membantu isteri menyiapkan hidangan. 

Wahai wanita yang ku sayangi, 
doaku moga sabarmu tiket untuk ke syurga, bahagiamu kelak pengubat duka semalam. Kekuatanmu sumber kekuatan dan perlindungan hero kecilmu. Bak ribut yang melanda, insyaAllah, pelangi cerah menemukan duniamu esok hari.  

Amin ya rabbal alamin,

6 comments:

  1. Perghh...hebatnya. Mmg ada jenis suami yg mcm tuh. Bahkan si isteri hny tmpt lepaskan nafsu smata-mata. Apa yg digambarkan kat atas mmg agak kejam. Namun, takk semua org paham akan peranan yg spatutnya dilakukan oleh seorg suami. Apa yg penting, idup kena lah ada toleransi. Masing2 ada hak sesama sndr yg perlu dipenuhi...thanks atas sharing ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mainkan peranan suami isteri tu sangat penting.barulah hak masing2 tak dicabuli, Toleransi pun mcm tu... u r most welcome

      Delete
  2. suami kurang iman kalo mcm tu, tp ada gak yg nampak beriman lbh dahsyat membuli isterinya...sbg istrri misali yg beriman kena patuh selagi x melanggar hukum syarak..syurga utkmu wahai isteri..insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insylh, syurga buatnya..semoga kesabarannya sentiasa ditemani dengan keimanan

      Delete
  3. pernah terlibat bagi kauseling untuk kes nie.. kadang kesian pada isteri, di seksa... sebab itu kena cari lelaki baik akhlaknye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Acik.. akhlak suami tu penting..Sebab tu wanita memilih, bukan dipilih

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...