Hari ni keputusan SPM bagi batch 2012 dah keluar. Sedar tak
sedar, aku dah tinggalkan alam sekolah menengah 4 tahun.
Amacam result
adik-adik? Ok? Alhamdulillah bagi mereka yang mendapat result yang wallah,
superb cemerlang. Jangan sombong-sombong, jangan tinggi diri sebab semua tu datang
dari Allah.
Semoga adik-adik yang dapat result yang cemerlang tu meneruskan kecemerlangan adi k-adik dan menjadikan result SPM ni sebagai batu loncatan untuk berilmu (dapat study di University pilihan dan terkemuka) dan beramal (kerja) semata-mata kerana Allah.
Mari kita mengambil pelajaran dari kisah Qarun, Firaun dan
Haman yang diberikan nikmat dunia tapi nikmat itu membuatkan mereka semakin
kufur.
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.
Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”.
Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu tentang dosa-dosa mereka. (Surah al-Qasas, ayat 76-78).
Bagi yang kurang
memuaskan, jangan sedih-sedih. Apa yang korang dapat, tu lah usaha korang
selama ni. So, next time buat yang lebih baik dan gigih lagi. (Next time? Mana
ada next time lagi. Aku ambil SPM sekali jer seumur hidup) Ya lorr, I mean,
next time dalam apa-apa exam, ujian, test, buat lebih baik lagi.
Dan dia (Qarun) tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias dengan segala kebesaran yang dimiliki. Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata “Alangkah baiknya kalau kita perolehi sepertimana yang diperolehi oleh Qarun, iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar”. (Surah al-Qasas, ayat 79).
If korang rasa korang dah study berabis tapi result kurang
memuaskan, la tahzan. Jangan bersedih. Yakin dengan ketentuan Allah. Allah dah
atur yang terbaik untuk hambanya. Pintu hikmah Allah itu sesungguhnya sangat
luas.
Nak tahu satu cerita? Ni pensyarah cerita masa study di
Matrikulasi. Pensyarah tu cerita dia dapat result gempak tapi kawan tu dapat
result ok2 jer. Tak lah teruk sangat tapi tak cemerlang sangat juga. Sebab
result kawan tu yang tak seberapa, dia ambil kos yang tak seberapa dia minat,
kos yang orang tak ambil sangat. Guess how much gaji dia sekarang? Lebih dari
Rm10 000 berbanding gaji pensyarah tu yang +/- RM3000.
Ni kisah yang saya tahulah. Banyak lagi kalau nak cerita. See?
Pintu hikmah Allah tu luas. Pagi ni hujan, petangnya mungkin pelangi. Hari ni
mendung esok mungkin cerah.
nice piece of entry... ^_^
ReplyDeletetQ kak.. ^_^
Deletebetul tu ... :) dan jgn menyerah kalah.... kegagalan itu adalah permulaan kehidupan untuk kita jadi lebih baik :).. tgk cm kak nina nie hebat dan pandai ..minta tips dari dia :)
ReplyDeletekegagalan tu best teacher..pengajar terbaik... hahaha acik lagi hebat, keluar masuk news
DeleteGagal bukan beerti selamanya kita gagal...
ReplyDeleteUsaha perbaiki diri lagi... =D
betul2.. wat doesn't kill u make you stronger
Delete