Thursday 21 March 2013

SPM Result: Antara Exam, Ujian dan Hikmah


Hari ni keputusan SPM bagi batch 2012 dah keluar. Sedar tak sedar, aku dah tinggalkan alam sekolah menengah 4 tahun.


Amacam result adik-adik? Ok? Alhamdulillah bagi mereka yang mendapat result yang wallah, superb cemerlang. Jangan sombong-sombong, jangan tinggi diri sebab semua tu datang dari Allah.

Semoga adik-adik yang dapat result yang cemerlang tu meneruskan kecemerlangan adi k-adik dan menjadikan result SPM ni sebagai batu loncatan untuk berilmu (dapat study di University pilihan dan terkemuka) dan beramal (kerja) semata-mata kerana Allah.

Mari kita mengambil pelajaran dari kisah Qarun, Firaun dan Haman yang diberikan nikmat dunia tapi nikmat itu membuatkan mereka semakin kufur.

 Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.  
Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”.  
Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah  telah membinasakan umat-umat sebelumnya  yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu  tentang dosa-dosa mereka.  (Surah al-Qasas, ayat 76-78).

Bagi yang kurang memuaskan, jangan sedih-sedih. Apa yang korang dapat, tu lah usaha korang selama ni. So, next time buat yang lebih baik dan gigih lagi. (Next time? Mana ada next time lagi. Aku ambil SPM sekali jer seumur hidup) Ya lorr, I mean, next time dalam apa-apa exam, ujian, test, buat lebih baik lagi.

 Dan dia (Qarun) tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias dengan segala kebesaran yang dimiliki. Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata “Alangkah baiknya kalau kita perolehi sepertimana yang diperolehi oleh Qarun, iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar”. (Surah al-Qasas, ayat 79).


If korang rasa korang dah study berabis tapi result kurang memuaskan, la tahzan. Jangan bersedih. Yakin dengan ketentuan Allah. Allah dah atur yang terbaik untuk hambanya. Pintu hikmah Allah itu sesungguhnya sangat luas.

Nak tahu satu cerita? Ni pensyarah cerita masa study di Matrikulasi. Pensyarah tu cerita dia dapat result gempak tapi kawan tu dapat result ok2 jer. Tak lah teruk sangat tapi tak cemerlang sangat juga. Sebab result kawan tu yang tak seberapa, dia ambil kos yang tak seberapa dia minat, kos yang orang tak ambil sangat. Guess how much gaji dia sekarang? Lebih dari Rm10 000 berbanding gaji pensyarah tu yang +/- RM3000.

Ni kisah yang saya tahulah. Banyak lagi kalau nak cerita. See? Pintu hikmah Allah tu luas. Pagi ni hujan, petangnya mungkin pelangi. Hari ni mendung esok mungkin cerah.

6 comments:

  1. betul tu ... :) dan jgn menyerah kalah.... kegagalan itu adalah permulaan kehidupan untuk kita jadi lebih baik :).. tgk cm kak nina nie hebat dan pandai ..minta tips dari dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kegagalan tu best teacher..pengajar terbaik... hahaha acik lagi hebat, keluar masuk news

      Delete
  2. Gagal bukan beerti selamanya kita gagal...
    Usaha perbaiki diri lagi... =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. wat doesn't kill u make you stronger

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...