Tuesday 19 March 2013

Mimpi Dari Perspektif Islam dan Psychologist


Mimpi. Setiap orang pernah mendapat mimpi. Ada pembaca yang tidak pernah mengalami mimpi? Menurut Dr. Maslizza (saya la tu), mimpi boleh dikategorikan kepada 3:

1. Gambaran masa depan
- Dalam Al-Quran, Allah menceritakan kisah Nabi Yusuf yang berkebolehan mentafsir mimpi. Selain itu juga, mimpi terbukti dapat menceritakan perihal masa depan seperti dalam surah Yusuf ayat 4:



Nabi Yusuf a.s. telah bermimpi melihat 11 bintang dan matahari serta bulan tunduk kepadanya yang membawa makna 11 saudara kandung Nabi Yusuf patuh kepada Nabi Yusuf apabila beliau menjadi pemerintah yang berkuasa di Mesir. Ayahnya, Nabi Yaakub yang memahami makna mimpi tersebut meminta agar menyembunyikan mimpi itu dari saudara-saudaranya kerana bimbang akan menimbulkan iri hari mereka. Berapa tahun kemudian, Nabi Yusuf menjadi salah satu orang terhormat di Mesir.

- Allah tunjukkan gambaran awal berkaitan dengan masa depan seseorang dalam mimpi atau pun bahasa glamernya Deja Vu

2. Terjemahan Perasaan
- Dari aspek psychology (ni yang saya study. Any info boleh tambah), mimpi boleh terjadi sebagai terjemahan perasaan yang tidak terluah atau tidak terungkap yang dipendam sama ada sedar atau tidak sedar. Contohnya, individu yang baru kehilangan seseorang yang penting dalam hidupnya biasanya akan mengalami mimpi berdiri di atas tanah. Kemudian tanah tempat berpijak tu hilang. Ini kerana perasaan hilang tempat bergantung apabila individu tersebut terasa kehilangan termasuklah meninggal dunia.

3. Mainan syaitan

# Bila kamu mimpi, cuba ingat balik. If mimpi tu kuat (ingat gila2), try tengok mana tahu Allah nak tunjuk something. Kalau tak pun, mungkin tu cara hati berbicara dengan kamu. Penting ni sebab kita kadang-kadang tak sedar apa yang kita rasa sendiri. So, sangat penting untuk kesihatan (sakit kepala, sakit perut dan banyak lagi adalah tindak balas apabila jiwa dan raga tidak bersatu. Hati kata lain tapi badan buat lain.)

Mimpi yang tak seberapa jelas, samar-samar, mudah hilang dan lupa tu mungkin mainan syaitan. So, jangan layan sangat




8 comments:

  1. Replies
    1. lepas tu mesti trtanya2,aik, macam pernah berlaku

      Delete
  2. mimpi susah nak di tafsir..n bla betul2 jadi bru cam trasa mcm pernah jadi..heeeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. humph..tu lah..tapi sedar atau tak sedar,kita akan lebuh brsedia apabila musibah tu menimpa

      Delete
  3. mimpi terlibat dalam kes pembunuhan.. camner erk? =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tafsir2 ni saya tak pandai..tapi if related to ur emotion bolehlah, sebab sya blajar psychology but have to know a bit about u n what just happen to u..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...