Friday 15 March 2013

Hijrah Itu Indah

Hijrah itu indah. Dari segi bahasa, Hijrah (هِجْرَة), maksud perpindahan, sinonim dengan penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w.. Secara konsepnya, hijrah bermaksud perpindahan/ perubahan kearah sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.

Hijrah itu indah kerana ia membawa perubahan yang positif kepada insan yang melakukan penghijrahan. 

Mari kita menyelusuri kisah hijrah saya.

Walau telah meninggalkan bangku sekolah selama 4 tahun, saya masih dikenali dikalangan pelajar sekolah menengah sebagai tempat rujukan junior-junior dalam hal berkaitan hala tuju mereka. Selain itu, mereka sering meminta pendapat saya dalam banyak hal terutamanya dalam bidang akedemik memandangkan saya pernah menjadi pelajar SPM terbaik dan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang perubatan. Bukan nak bangga diri tapi nak tunjukkan yang Allah akan permudahkan urusan dan murahkan rezeki bila hidup kita diberkatiNya.

Mungkin, segalanya indah di mata mereka yang menjadikan saya sebagai idola mereka tapi hakikatnya tidak. Saya juga manusia biasa yang melalui proses pematangan melalui ujian Allah yang akan menguji keimanan hambaNya. Melalui ujiannya, sama ada kita memilih untuk bangkit atau terus tersungkur dan hanyut dalam ujian Allah. Insya Allah, ujian itu akan menguatkan iman hambanya yang terus gagah melangkah.

Sebelum
Darah remaja yang meggelegak di dalam diri dan masih belum matang menjadikan saya seorang yang pemberontak. Nakal sangat. Mungkin bergaul dengan orang yang salah. Setiap minggu, pengetua akan panggil ibu bapa saya. Saya pernah dibuang sekolahYa, itulah hakikat yang mereka tidak tahu mengenai idola mereka. Pengganas. Siap lawan pengetua lagi. Bukan tak baik tapi pemberontak sangat. August 2007, secara rasminya saya tidak akan masuk kelas walau sekali pun hinggalah habis PMR, sampai bila-bila.

Bukan cuba untuk membuka pekung di dada, jauh sekali berbangga dengan kejahilan diri. Sekadar ingin berkongsi dan terus menginspirasikan yang lain bahawa setiap insan mempunyai peluang kedua asalkan mereka berusaha untuk perbaiki kesilapan yang lalu dan berubah untuk menjadi yang lebih baik atau berhijrah.





Hijrah itu sememangnya indah

Dari private school, saya tukar ke sekolah kerajaan dan tinggal asrama masa form 4. Setiap kali selesai solat magrib, kami akan mengadakan tazkirah magrib sambil menanti azan isyak berkumandang. Dari bacaan Al- Quran, zikir, kuliah magrib sampailah nasyid. Secara jujur, saya akan menangis setiap kali berzikir. Menangisi dosa-dosa masa lalu. 

"Ya Allah, betapa jahilnya aku mengenalMu, mengenal syariat dan suruhanMu. Kenapa baru sekarang aku merasai kemanisan menjadi hambaMu, beribadah kepadaMu."

Hanya dengan mendekatkan diri kepada Allah, hati akan menjadi tenang. Alhamdulillah, Allah mengutus sahabat-sahabat untuk menguatkan keazaman diri berhijrah mendekatkan diri kepada Allah, mengenal zat yang maha esa dengan lebih mendalam dan jatuh cinta dengan pencipta seluruh alam. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Alhamdulillah untuk peluang kedua ini. Peluang untuk merasai kemanisan iman dan hidup bersyariat.

Alhamdulillah, bak mentari yang bersinar selepas hujan menerangi alam, Allah memberi kekuatan dan rezekinya selepas menguji hambanya. Segalanya bermula dari satu titik hijrah bermula 5 tahun yang lalu. Tidak kira walau siapa pun anda pada masa lalu, apa yang penting tindakan anda saat ini, untuk hari esok dan hari-hari yang mendatang. 

 Macam mana dengan saya? Saya akan tetap membuatkan orang lain terpegun, menginspirasikan mereka hari ini untuk terus berhijrah kerana setiap insan yang bernafas di bumi yang fana ini mengharapkan hari esok akan jauh lebih baik dari kemarin. 

8 comments:

  1. semoga saudari sentiasa istiqamah di jalanNya..amin..

    ReplyDelete
  2. Masha allah , Hebat perkongsian anta moga-II boleh dijadikan sumber inspirasi buat ana =) ,,, Jum singgah saya dari segmen yang sama =)

    http://www.ubaidullahjaafar.my/2013/03/segmen-hijrah-itu-indah.html

    ReplyDelete
  3. salam Nina, selamat berhijrah...sis dari segmen y sama...salam ukhwah
    http://noraiiiiiin.blogspot.com/2013/03/hijrah-itu-indah.html

    ReplyDelete
  4. serius entry nie buat acik terpegun dan semoga kamu dapat istiqamah setiap apa yang kamu lakukan ... dan semoga di beri kekuatan untuk kamu

    ReplyDelete
  5. insyaAllah terus istiqamah dan diberikan kekuatan.. tQ ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...