Seorang blogger yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menggunakan gelaran Milo Suam telah ditangkap atas dakwaan menyebar maklumat yang "kononnya" tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.
Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
Bak kata pemilik blog Oh gadis Itu, blogger pro- UMNO yang menyebarkan video lucah fitnah tidak pula ditangkap walau dah berpuluh-puluh laporan dibuat oleh orang awam dan kesalahan tersebut jelas melanggar hukum undang-undang.
Jika pemimpin atasan berjiwa bersih, orang bawahannya pun in sya Allah akan menjalannya tugas dengan telus dan amanah, bukan sekadar hanya bertindak untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak.
Kita doakan Malaysia dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain memiliki pemimpin-pemimpin yang akhlaknya superb dan memperjuangkan Islam dan hak rakyat walau dengan mana-mana landasan parti sekalipun.
Lepas ni, mesti ada sesetengah pihak teragak-agak untuk mendedahkan perkara sebenar yang berlaku atas rasional takut. Takut dikecam, takut kerjaya terancam, takut ditangkap, takut keluarga diapa-apakan, takut biasiswa ditarik, takut dihalau dan takut macam-macam lagilah. Hidup dalam ketakutan.
![]() |
Sabar je la kita lahir diakhir zaman.



