Wednesday, 22 January 2014

Lelaki Paling Dayus

Hari ni hari yang paling awesome dalam hidup aku. Mungkin tahap kesabaran paling maksima pernah aku capai. Hari ni hari aku kena teriak, dipanggil babi, penampar atau penumbuk dan entah penerajang ada atau tidak, sebab dah tak sedar apa dah time tu. Dah terpusing-pusing kena pukulan India. hahaha  Dah la berat aku cuma bawah 40kg. Sekali penampar dah terbang. 

Semua tu free dari lelaki yang aku tidak kenal dan kami tinggal satu hostel di Moscow, satu universiti. Dia 2nd year, aku 3rd year. Lelaki paling dayus pernah aku jumpa. Selama ni cuma tengok dalam movie. Hari ni hinggap kat badan aku pulak. 

Darah dari kuku kaki yang berdarah. Entah la macam mana boleh berdarah. Terpaksa lap dengan apa-apa benda dekat yang ada
Keadaannya macam ni, aku tinggal dalam bilik tu dengan orang Malaysian. Perempuan la off course. Tanpa pengetahuan aku, dia benarkan kawan-kawan dia letak barang dalam fridge bilik kami. Sedangkan dalam setiap bilik masing-masing disediakan fridge. Hinggakan kadang-kadang aku nak letak barang dalam fridge tu pun dah penuh freezer tu. 

So, roommate tu balik Malaysia without telling anything to me about it until today, ada seorang ketuk-ketuk pintu bilik aku dengan kuat gila masa aku tengah solat magrib. For sure aku tidak dapatlah buka pintu. Dia nak ambil ayam dalam frezeer. Aku dah tak bagi response dia masih ketuk gila-gila. Imagine if i was sleeping, you are completely disturbing me. Dah kau ketuk berkali-kali aku tak buka, kau faham-fahamlah. Sebab aku bukan hotel door keeper and i totally memang tiada urusan dengan mereka-mereka ni. So, why should i?


Should i open the door like this with full of respect sedangkan setiap malam mereka melalak sana-sini menganggu penghuni-penghuni hostel yang lain. It just not me, kawan dari Thailand and some of my chinese friend pun complain mereka sangat bising.
Lepas tu, datang seorang lelaki, ketuk-ketuk dan teriak-teriak dekat luar. Bila aku keluar dari bilik dan tanya apa masalah mereka, lelaki tu jerit kat muka aku. Memang dekat sangat dengan muka. I slap her. (Patut pun panggil dia her. Sibuk masuk campur urusan orang lain, siap pukul perempuan lagi) Don't expect me to diamkan diri bila orang dah bertindak keterlaluan macam ni. Selama ni pun kerja mereka tahu ganggu ketenteraman penghuni hostel. Terlalak sana-sini. Menjerit-jerit tengah subuh.

Then, dia tampar aku balik sampai kepala aku terhentak ke dinding. Lepas tu, aku bagi dia satu tendangan. Entah kena atau tidak. I won't let him/them bully me walaupun aku satu-satunya sendiri dan memang tiada kawan rapat atau bantuan if anything happen to me. Walaupun kroni-kroni mereka ramai kat situ, i don't care. I'll defend my self anyhow. 

Banyak kali jugaklah aku terjatuh dari serangan-serangan dia. (Rasanya, sebab dah tak sedar diri masa tu. Waiting for cctv to confirm it) Ya, orang kecil. Tinggi pun 151 cm. Berat 37kg.

Then, ada satu junior yang aku rapat sikit, dia suruh bertenang. Suka dengan budak ni. Dia baik juga. So, bila aku masuk bilik, baru perasan kuku kaki berdarah dan lengan calar sikit. Kepala bagian belakang, tengkuk dan pinggang sakit sikit. Esok tak tahu bahagian badan mana lagi yang bengkak. 

Dari dalam bilik aku dengar lelaki dayus tu teriak: "Sakitkan babi?"


Nak share sekali account fb lelaki tu tapi... tak pasal-pasal dia kena serang dalam siber.

Sunday, 19 January 2014

Rakyat Malaysia Dipisahkan Dengan Anak Kerana Suruh Solat Di Sweden

Azizul Raheem Awalludin, a Tourism Malaysia director in Stockholm and his wife Shalwati Nurshal, a secondary school teacher Source: The Star
Allahuakhbar, terkejut baca berita ni. Kawan kat Moscow share kat FB dia sebab wanita bergelar ibu yang dipisahkan dengan anaknya merupakan cikgu dia masa kat sekolah dulu. 

Sepasang suami isteri warganegara Malaysia tersebut dipisahkan dengan anak mereka kerana memukul anak mereka agar menunaikan solat. Pukul pelan-pelan, sikit-sikit jer pun. Pasangan tersebut ditahan pada 18 December. Nabi sendiri ajar kalau anak dah cukup umur tak nak solat, boleh dihukum. Dunia-dunia. Banyak sangat undang-undang dunia sekarang ni yang bertentangan dengan hukum Islam.  

Yang menyedihkan hati, keempat-empat anak mereka telah dihantar dibawah penjagaan ibu bapa angkat bukan Islam. Budaya hidup sememangnya berbeza dengan Islam. Makanan halal? You know it right? (Ayam pun kalau cara sembelih tak ikut cara Islam tetap tak halal.)
Tambahan lagi, anak-anak tersebut juga tidak dibenarkan untuk bertemu dengan keluarga mereka dari Malaysia. Mereka juga tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. 

One of the children, identified only as Ammar, said: “I miss Mummy and Daddy. We want to go back to Malaysia but they won’t let us.

“We are sad each time we come back from school as our parents are not around.”

Kononnya nak membela kanak-kanak dari mangsa dera but 'they' just make it worse. Penderaan emosi. Ini lagi teruk dari penderaan fizikal. Apa punya undang-undanglah memisahkan anak dengan ibu. Lainlah kalau ibu bapa kurang waras dan kaki pukul

Akhbar The Star melaporkan "neither the Foreign Affairs Ministry nor Tourism and Culture Minister Datuk Seri Nazri Abdul Aziz could be reached for comment."

Minta jasa baik bloggers dan juga pembaca lain tolong sebarkan berita ni agar lebih ramai pihak dapat membantu keluarga ni. 

Harap-harap lepas ni keempat-empat mereka kembali dibawah jagaan ibu bapa kandung.

Wednesday, 15 January 2014

Banjir Di Sabah: Air Mencecah Jambatan Tamparuli


TAMPARULI - Siren amaran pertama telah berbunyi. Ketinggian paras air semakin hampir dengan lantai jambatan rentetan hujan tanpa henti selama beberapa hari. 

* Ada penduduk tempatan mendakwa kini telah ditenggelami air. 
Anyway, harap semua baik-baik dan selamat. Nasib baik family saya tinggal dikawasan berbukit.

Tuesday, 14 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Tarikh penting dalam Islam

Tinggal diluar negara, sedikit terpinggir dengan kawan-kawan seislam senegara yang lain kadang-kadang buat aku terlupa tarikh penting dalam Islam. Suasana pun tak islamik sangat tapi alhamdulillah facebook juga penggera terbaik. Buat alert dengan latest news. Yup, hari ni maulidur rasul. Kalau di kampung confirm meriah dengan sambutan maulidur rasul. Telur jangan cakaplah. Makanan? humph, sana sini. (Lapar. That's why sebut pasal makanan.) Perarakan maulidur juga tidak kurang hebatnya dalam memeriahkan sambutan kelahiran baginda yang membawa cahaya Islam ke muka bumi. But the most important thing is 'selawat'. Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salawaatu'llah 'alaika

Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini

Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori

'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...