Monday 13 January 2014

Polis Mabuk Ketika Menjalankan Tugas

Gempar gambar anggota polis mabuk tepi jalan

SHAH ALAM - Ekoran penyebaran gambar dua anggota polis yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol semasa menjalankan tugas rondaan, kedua-dua identiti anggota tersebut telah dikenal pasti.


Menurut kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, melalui akaun Facebook Polis Diraja Malaysia  malam ini, kedua-dua anggota terbabit telah ditukarkan serta-merta tempat penugasan dan siasatan lanjut berkaitan insiden itu sedang dijalankan.



Beliau berkata, PDRM memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana anggota yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga keselamatan masyarakat.



"PDRM juga tidak akan melindungi dan berkompromi dengan pegawai dan anggota yang telah melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan imej pasukan.



"Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada PDRM sekiranya mendapati mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan dan tidak berintegriti," katanya.

Source: Sinar Harian

Kalau mabuk lepas minum arak tu memang biasalah. Polis pun macam orang biasa juga tapi kalau mabuk masa bertugas, itu memang luarbiasa. Lebih-lebih lagi dengan bersenjata api. Bahaya kot. Memang patut diambil tindakan. 

Ada sumber mendakwa situasi berkenaan adalah latihan bagi menggambarkan kesalahan dalam waktu kerja. 


1 comment:

  1. betul tu nina.. bahaya tu kalau mabuk tengah bertugas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...