Sunday 19 January 2014

Rakyat Malaysia Dipisahkan Dengan Anak Kerana Suruh Solat Di Sweden

Azizul Raheem Awalludin, a Tourism Malaysia director in Stockholm and his wife Shalwati Nurshal, a secondary school teacher Source: The Star
Allahuakhbar, terkejut baca berita ni. Kawan kat Moscow share kat FB dia sebab wanita bergelar ibu yang dipisahkan dengan anaknya merupakan cikgu dia masa kat sekolah dulu. 

Sepasang suami isteri warganegara Malaysia tersebut dipisahkan dengan anak mereka kerana memukul anak mereka agar menunaikan solat. Pukul pelan-pelan, sikit-sikit jer pun. Pasangan tersebut ditahan pada 18 December. Nabi sendiri ajar kalau anak dah cukup umur tak nak solat, boleh dihukum. Dunia-dunia. Banyak sangat undang-undang dunia sekarang ni yang bertentangan dengan hukum Islam.  

Yang menyedihkan hati, keempat-empat anak mereka telah dihantar dibawah penjagaan ibu bapa angkat bukan Islam. Budaya hidup sememangnya berbeza dengan Islam. Makanan halal? You know it right? (Ayam pun kalau cara sembelih tak ikut cara Islam tetap tak halal.)
Tambahan lagi, anak-anak tersebut juga tidak dibenarkan untuk bertemu dengan keluarga mereka dari Malaysia. Mereka juga tidak dibenarkan pulang ke Malaysia. 

One of the children, identified only as Ammar, said: “I miss Mummy and Daddy. We want to go back to Malaysia but they won’t let us.

“We are sad each time we come back from school as our parents are not around.”

Kononnya nak membela kanak-kanak dari mangsa dera but 'they' just make it worse. Penderaan emosi. Ini lagi teruk dari penderaan fizikal. Apa punya undang-undanglah memisahkan anak dengan ibu. Lainlah kalau ibu bapa kurang waras dan kaki pukul

Akhbar The Star melaporkan "neither the Foreign Affairs Ministry nor Tourism and Culture Minister Datuk Seri Nazri Abdul Aziz could be reached for comment."

Minta jasa baik bloggers dan juga pembaca lain tolong sebarkan berita ni agar lebih ramai pihak dapat membantu keluarga ni. 

Harap-harap lepas ni keempat-empat mereka kembali dibawah jagaan ibu bapa kandung.

4 comments:

  1. moga semuanya kembali seperti sedia kala..aamiin

    ReplyDelete
  2. Apa kerajaan kita buat? haishh... wisma putra? masih tidur ker? please wake up..!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...