Thursday, 14 November 2013

Kesihatan: Minuman Tin Bawa Maut


Huarghh, penatnya dari kelas microbiology. Sampai bilik pun dah 9pm. Nak masak lagi. :'( Tadi dalam kelas study pasal leptospira sp.,  penyebab Leptospirosis yang boleh membawa maut.

Salah satu cara leptospira merebak ialah melalui kencing haiwan. Contohnya, tikus. Ramaikan suka minum minuman tin? Masa dalam stor penyimpanan, minuman tin ni terdedah dengan tikus. Well you know tikus, bukan reti nak cari toilet pun. Maka, 'beliau' pun terkencinglah merata-rata tempat termasuklah di atas tin-tin minuman kegemaran korang.



How to prevent from 'terminum' kencing tikus yang boleh membawa maut ni? Senang je. Simply guna straw atau basuh permukaan tin sebelum minum. Senang jer tapi kalau tak buat pun tak tahulah nak kata apa lagi. Vaccine pun boleh didapati untuk penyakit ni.

Actually, banyak lagi cara penyakit ni boleh merebak. Berenang kat air yang ada leptospira ni pun boleh terjangkit. 




Sebenarnya benda ni dah kira lapuk kat Malaysia. Mesti ramai yang dah tahu pasal kencing tikus ni tapi tak rugi pun share. Sekadar peringatan. Mana tahu ada satu dua orang yang tak tahu lagi. So, share jer la. Korang pun bolehlah share dengan kawan-kawan untuk peringatan. 

Wednesday, 13 November 2013

Jom Terjah!!!

Hari ni nak ajak kawan-kawan terjah bloggers comel-comel dan super awesome ni.
1. Setia Smile 


2. NinaAz HLF







Tuesday, 12 November 2013

Cerita Atas Katil: Tutup Lampu Atau Buka Lampu?





Ha, Jeng..jeng..jeng..
Ni nak tanya, bagi yang dah kahwin, belum kahwin, kalau dalam bilik tidur, nak tidur, korang tutup lampu tak?
Cepat!!! Cepat!!! Fikir! Tutup lampu ke buka lampu?

Haaa, Nina nak cerita ni sebenarnya pasal tidur dan kaitannya dengan lampu. Berapa minit yang lalu, study pharmacology pasal sedative hypnotic and Insomnia. Tengah study multiple choice question (mcq), ada pula jawapan Nina jumpa macam ni: Melatonin is a hormone of the pineal gland produced during darkness.

Pak Melatonin ni, tugas dia kawal kitaran normal tidur dan bangun kita. Biasanya, level melatonin start meningkat masa petang dan kekal tinggi level dia masa malam. Kemudian, akan turun masa pagi. Sebab tu la petang-petang rasa mengantuk gila. Nasib baik tak gila. 

So, bila kita padamkan lampu masa nak tidur, level melatonin ni meningkat. Then, senanglah kita nak tidur.

Selain dihasilkan sendiri oleh badan, Melatonin juga terdapat dalam makanan seperti daging, buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga boleh didapati dalam bentuk supplement. Biasanya supplement ni untuk treat insomnia yang Nina tengah study sekarang. Arghh, pelik sungguh nama-nama ubat dalam chapter kali ni. Estazolam, Flurazepam, lamotrigine, tiagabine and the list goes on which turn me insomniac. Argh, what everlah mana korang ubat.

For the same reason, dimana cahaya mempengaruhi kadar melatonin, winter ni tukarkan 'aku' jadi hibernating polar bear. Marah ni. Rasa macam nak tidur all the time sebab cuaca gelap sepanjang masa. Jam 8 pagi masih gelap, jam 5 petang dah magrib. Tengahari? Jangan cakaplah nak tengok matahari sekarang.
In short, sesiapa yang ada masalah susah nak tidur, bolehlah gelapkan bilik anda. Kalau masalah terlebih tidur? Bolehlah pasang kedua-dua bijik mata anda betul-betul bawah mentol lampu kalau nak buta cepat. Hehe Lepas tu, don't look for me okay
That all for this post, adios amigos. Chow. 

Hidup Tidak Selamanya Upaya


Perbualan Jururawat dan Pesakit.

Pesakit: Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?
Abang misi: Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa.


Pesakit: Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?
Abang misi: Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best.


Pesakit: Wah, apa dia?


Abang misi: Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan
sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting.


Pesakit: Hm. Apa dia?


Abang misi: Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap
masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah. Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar
masa itu apa yang dah kita rugi.


Pesakit: (menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid.





Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.
Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?
Wajah2 gerun dan seram bila ambang maut mendekati?
Anda yang sihat yang membaca pesanan ini belum terlambat dan pintu taubat luas terbuka untuk kita memulakan sesuatu saat ini... ALLAHUAKBAR 



# Sesungguhnya, kebijaksaan itu milik hamba-hambanya yang memikirkan negeri akhirat.
Cerita ni saya ambil dari facebook pensyarah KML.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...