Sunday 30 March 2014

Mask Muka Buatan Sendiri


Hello peeps, happy weekend

Sebab hari ni hari ahad, jom manjakan diri anda dengan mask buatan sendiri. 

Anda hanya perlukan madu dan telur. Yup, hanya madu dan telur.
1 sudu putih telur
1 1/2 sudu madu

Apa yang anda perlu lakukan:
1. Campurkan putih telur dengan madu. Guna jari pun boleh. 
2. Bila dah sebati, ratakan ke muka anda. Hindarkan kawasan di sekitar mata sebab bahagian mata agak sensitive.
3. Biarkan kering (lebih kurang 15 minit). Masa nak tunggu kering tu, anda boleh pejamkan mata seketika dan relax kan diri.
4. Bilas dengan air suam. Lap dengan tuala bersih.
5. Feel the difference. Kulit lembut, halus dan segar.

Mask ni sangat sesuai untuk mereka yang menginginkan kulit halus terutamanya mereka yang berjerawat. Hal ini kerana madu berupaya membunuh bakteria-bakteria punca jerawat. 

* Anda juga boleh mencuba kombinasi madu dan telur dengan yogurt, avocado, olive oil, kunyit dan banyak lagi bergantung dengan jenis kulit anda.

Enjoy your day <3 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...