Friday, 21 February 2014

Wallah!! Resepi Spaghetti Carbonara Simple dan Sedap

                                                 

Berkumpul habuk kat blog ni. Alahai, kesian. Lama terbiar. Satu minggu dah selsema dan muntah-muntah. Tak larat. Katil jugalah tempat lepak paling ideal. Alhamdulillah, sekarang dah okay. Ini pun baru balik dari kelas. Habis jam 7 pm :x
Sebab kurang sihat, macam-macam saya rasa nak makan. Kalah orang mengidam. Kek mosit coklatlah, carbonaralah. Haa, kali ni nak share resepi spaghetti carbonara simple dan sedap (Eh, kau buat sedap ke Nina?) Yang penting hilang kempunan. 


Bahan-bahan:
1 pek Spaghetti
2 biji telur
Seulas bawang putih
Minyak/ butter
Cheese
Daging
Black pepper
Garam

Cara-caranya:
1. Hiris atau smash bawang putih. Tumis dan ketepikan. Then, masukkan pulak daging. Seeloknya, daging tersebut dihiris kecil-kecil. Senang nak masak. Untuk itu, kita perlukan minyak. Terpulanglah nak guna minyak kelapa sawit, minyak jagung, minyak sayur atau butter as long as tak melekat di kuali. Biasanya saya tak guna minyak banyak, sebab daging tu pun nanti akan keluarkan minyak. Nak guna apa-apa daging pun boleh. Haa, yang halal. Jangan letak bacon sudah. 

2. Masukkan 2 biji telur dan keju dalam mangkuk. Cheese tu saya biasanya guna sekeping cheese. Kalau nak guna yang cheese berbuku pun boleh. Any cheese pun boleh. Then, goncang telur dan cheese tu. 

3. Didihkan air dan masukkan spagetti, garam dan black pepper. 

Campurkan 1, 2, dan 3. (Telur tu memang tak perlu masak. Heat dari spagetti yang akan buat dia masak)

                                                
Susah sangat nak faham instruction kat atas? Tengok video ni, simple gila

Ni resepi orang malas. Hahaha, banyak lagi resepi yang sedap-sedap. Contohnya korang boleh tambah cendawan, sayur-sayur. Biar nutrition dalam makanan tu seimbang.

Selamat mencuba ;)

Wednesday, 5 February 2014

Kebaikan Tidur Dalam Gelap, Fungsi Melatonin





Tengah blogwalking tadi, terjumpa satu entry pasal hari kanser sedunia iaitu pada 4 February. Baca entry Bella Luna kat sini

Bila baca pasal kanser, teringat satu blog posting saya yang lama mengenai 'Tidur dalam keadaan lampu tertutup'. Boleh baca post tu lebih lanjut kat sini. Tidur dalam gelap boleh mencegah kanser melalui penghasilan melatonin. 

Kita buat simplelah kan, senang sikit nak faham. Bila kita tidur dalam keadaan gelap, badan kita akan menghasilkan melatonin. So, melatonin akan melawan sel-sel kanser. Maknanya, tidur dalam keadaan gelap dapat melawan kanser. 

Antara fungsi-fungsi dan kebaikan lain melatonin kepada manusia adalah fuhh, banyak!!! 

Okay, ni short list dia.

- Antioxida 
- Membantu sistem pertahanan badan dengan meningkatkan penghasilan cytokine. 
- Melawan penuaan. Awet mudalah katakan.
- Diabetes 
- Alzheimer 

Kalau nak tengok lebih banyak boleh tengok kat Wikipedia. sini


Oh, semalam tidur dalam keadaan satu lampu terpasang sebab pintu bilik asyik tertutup terbuka sendiri. Angin kot. Ditambah dengan sound effect pintu engsel berkarat. Seram juga. So, saya bangun, buka lampu dan letak luggage besar kat belakang pintu so the door won't open. Hahh

Duit Cash Out Nuffnang Hangus. Puncanya CLICK FRAUD?

 Assalamualaikum and salam sejahtera readers.  

Selain post pasal kes gadis dilarikan ke Indonesia kemarin, ni lah entry kedua sejak 2 minggu lalu. Okay, past is past. Malas nak cerita. (Padahal malu sebab bertumbuk dengan lelaki. Medical student pulak tu. Lantaklah. Belum baca ekh? Baca kat sini)

December lalu saya ada request cash out Nuffnang dekat RM300. Sebab awal tahun terlalu banyak cuti kat Malaysia, February ni baru ada reply dari nuffnang. So, dengan penuh debaran, i open my nuffnang account. 


FULLAMAK KAU, total earnings RM0.00. No payments yet.

So, i was like, OKAY. Whay happen actually? Then, i open my email and here it come, surat cinta dari En. Nuffnang yang mengatakan saya join click fraud

Ni print screen email dari Nuffnang.
So, based on the email, punca duit nuffnang yang selama ni aku collect tu hangus sebab:
- Click iklan sendiri.
- Pelawat blog click iklan berkali-kali. 

Maknanya, visitor cuma boleh click if they are interested? Macamlah aku yang control semua tu

Haaa..? What everlah Nuffnang. 

Ada tak siapa-siapa kat sini pernah berjaya keluarkan duit nuffnang dia dengan jayanya? Cer cerita sikit.

Tuesday, 4 February 2014

Remaja Hilang Dilarikan Ke Indonesia

Gambar diambil pada 2012
Minta tolong jasa baik semua untuk sebarkan maklumat ni terutamanya blogger-blogger Indonesia memandangkan gadis ini dipercayai dilarikan ke Indonesia. Gadis berkenaan berumur 16 tahun pada 2012 ketika dilarikan. Maknanya, sekarang dah 18 tahun.

Semoga adik Ayu kembali ke pangkuan keluarga. 

Nama penuh: Nur Mas Idayu binti Viktor @ Mohd. Firdaus. (Baju merah)
Nama panggilan: Ayu
Asal: Lahad Datu, Sabah, Malaysia
Hilang Sejak  March 2012
Maklumat terakhir diterima: berada di Malakaji, Makassar, Indonesia
Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan, 

sila hubungi +60162808334, Masnah binti Datu Amir Hamzah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...