Thursday 2 May 2013

Blogger Ditangkap, Cara Diamkan Suara Rakyat




Seorang blogger yang baru-baru ini mendedahkan kemungkinan penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menggunakan gelaran Milo Suam telah ditangkap atas dakwaan menyebar maklumat yang "kononnya" tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal. 

Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. 

Bak kata pemilik blog Oh gadis Itu, blogger pro- UMNO yang menyebarkan video lucah fitnah tidak pula ditangkap walau dah berpuluh-puluh laporan dibuat oleh orang awam dan kesalahan tersebut jelas melanggar hukum undang-undang.

Jika pemimpin atasan berjiwa bersih, orang bawahannya pun in sya Allah akan menjalannya tugas dengan telus dan amanah, bukan sekadar hanya bertindak untuk menjaga kepentingan sesetengah pihak.

Kita doakan Malaysia dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain memiliki pemimpin-pemimpin yang akhlaknya superb dan memperjuangkan Islam dan hak rakyat walau dengan mana-mana landasan parti sekalipun.

Lepas ni, mesti ada sesetengah pihak teragak-agak untuk mendedahkan perkara sebenar yang berlaku atas rasional takut. Takut dikecam, takut kerjaya terancam, takut ditangkap, takut keluarga diapa-apakan, takut biasiswa ditarik, takut dihalau dan takut macam-macam lagilah. Hidup dalam ketakutan. 

Allahuakhbar. Tunjuk jari keatas. Allah yang satu. Berani kerana benar, takut kerana salah. Allah maha berkuasa mengatur perjalanan hambanya juga berkuasa melenyapkan yang batil. Cepat atau lambat, yang hak pasti akan tertegak.

Sabar je la kita lahir diakhir zaman. 

10 comments:

  1. comey je kucing tu tutup mulut .. ahaha

    ReplyDelete
  2. Inilah politik sabar je lah...demokrasial tul kan, mari kita UBAH! ini kali lah!

    ReplyDelete
  3. biasalah la tue politik..kita sebagai umat umat islam..xperlu saling tuduh menuduh..yang penting buat solat isthikarah agar biberi pertujuk mana yang terbaik untuk kita pilih..

    ReplyDelete
  4. huhu...blogger tu macam pernah dengar je...

    ReplyDelete
  5. taktau nak komen apa.. kuatkan iman je la dengan sebarang dugaan di akhir zaman ini..-_-'

    ReplyDelete
  6. macam2 isu politik yang wujud sekarang ni.. semakin lama semakin menakutkan..

    ReplyDelete
  7. Tu lah. KIng jason ori pun dah kne tgkp. Cett.

    ReplyDelete
  8. Hiii jadi sulit bicara walaupun banya kata di hati takan terduga :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...