Sangat terkilan dengan tindakan beberapa pihak berkaitan isu perkauman. |
Bila tengok status ni, saya hanya mampu geleng kepala. Nak comment, silap hari bulan kena maki. Bila dah emotional sangat, nak berhujah cara berhemah dan matang pun susah.
Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. (imam as-Syafie)
Status-status macam ni yang lah yang akan mengeruhkan lagi keadaan. Semoga pihak polis mengambil tindakan Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 bagi pihak yang cuma merosakkan keharmonian negara. Setakat ini, pihak polis membuka siasatan terhadap laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini dengan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" selepas menerima satu laporan yang mendakwa laporan berkenaan berunsur hasutan.
Wikipedia said about Bumiputera.
Bumiputera (Jawi: بوميڤوترا) atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu (menurut tarifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak.
Sebelum merdeka lagi kaum India, Cina dan lain-lain imigran telah mendiami Malaysia, bersama membangun Malaysia. Cukai bayar, saman pun bayar sama tapi kelebihan yang bumiputra dapat tak sama dengan non bumi. The worse part is bila orang non-bumiputera menyatakan pendapat mereka, ada pula pihak yang ikut sedap mulut kata kalau tak puas hati, balik negara asal lah, keluar Malaysia lah dan macam-macam lagi. Macam mana agaknya jika Malaysia hanya dihuni oleh Melayu dan bumiputra? Agaknya pencapaian Malaysia sama tak dengan apa yang Malaysia capai sekarang? Lebih baik atau...?
Bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad mengulas tentang pergantungan Bumiputera pada dasar pro-Bumiputera:-
"Kita sudah cuba beritahu mereka kalau bergantung pada subsidi, nanti akan menjadi lemah. Tapi mereka macam tidak faham. Kita beritahu kalau gunakan tongkat, nanti tidak boleh berdiri. Buanglah tongkat, berdiri tegak kerana masih ada kemampuan. Saya pernah cakap pasal ini dan sebagai seorang doktor saya amat tahu maksud tongkat tetapi mereka tetap mahu cari jalan senang. Kalau saya ada AP dan jualkannya untuk mendapat wang, tidak apa-apa, kata mereka."
See? Majority my classmate are chinese. Melayu, Cina, India semua ada. Nak kata classmate saya racist, tak juga. Tak semua orang sama.
Pemikiran seseorang tidak diukur melalui warna kulit atau bangsa tetapi melalui ilmu yang dimilikinya.
#Jauh perjalanan, luas pemandangan.
Kalau katak ni melompat keluar dari tempurungnya, baru dia akan tengok dunia luar. Bila dah tengok dunia luar, barulah minda si katak ni terbuka sikit. |
Kita satu Malaysia...
ReplyDeleteSaya sependapat dengan awak. Kita semua perlu bersatu dengan semangat 1 Malaysia. Tolak perbezaan kamu demi mengekalkan keamanan yang telah kita kecapi selama ini
ReplyDeleteRacism. Semoga isu ni tak merebak dgn parah je. Insya-Allah!
ReplyDelete