Wednesday, 26 June 2013

Buang Warga Emas

I didn't own this picture.  Tak sampai hati nak tangkap gambar nenek tu. Confidential
Click picture to read real story behind  it.
Hari ni hari ke dua saya menjalani practikal di HQE ( Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Sabah, Malaysia) Ya, sekarang saya kat Malaysia. Hari ni genaplah seminggu saya menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Ya Allah, bukan punya main panas. Dua puluh tahun menetap di Malaysia, akhirnya tewas dengan kedinginan salju di Moscow. Sistem badan mula lupa daratan.  

Entry kali ni nak cerita pasal warga emas dan kejadian pagi tadi kat hospital. Ramai sebenarnya warga emas ditahan dalam wad tu tapi ada seorang nenek tua yang menyayat hati saya.

Doctor : Boleh keluar dah hari ni.
Nenek : Itu pun kalau diorang (mereka) mahu ambil. 

Kami semua berpandangan. Tengok muka nenek tu buat hati jadi sayu. Mana keluarganya? Anak-anaknya? 

Selama 2 tahun menjalankan praktikal, ini bukan kes pertama yang saya hadapi dimana warga emas terbiar dihospital. 

Tahun lalu ketika menjalani praktikal di Hospital Lahad Datu, seorang warga emas lelaki lumpuh, tidak dapat bergerak, tidak dapat bercakap. Ajaibnya, bila MRI dijalankan, semuanya dalam keadaan normal. Terdetik dihati saya, penyakit psychology mungkin. Penyakit yang berkaitan dengan emosi. Mana tidaknya, tidak seorang pun ahli keluarganya datang melawat. Terbiar. Ini memberi gambaran perasaan negative mengenai warga emas lelaki tersebut. Terlintas difikiran, andai saja anak beliau datang menziarahi dan mengucup beliau, tentu beliau secara automatik mampu bergerak. Bukan setakat bergerak, malah berlari.

Dear readers, 
Hargai, sayangi dan hormati ibu bapa anda. Bagi yang telah pulang kerahmatullah, berdoalah untuk mereka. Yakinlah, Allah sentiasa memakbulkan doa anak-anak yang soleh. Ingat, mereka syurga kita.

Buat ibu bapa atau yang bakal bergelar ibu bapa, sayangi anak-anak anda dan luangkan masa anda bersama mereka. Tanam benih kasih sayang disaat ini juga kerana kita tidak selamanya mampu. Kita mungkin mampu mengumpul wang berjuta tapi kita tidak selamanya mampu membeli kasih sayang seorang yang bergelar anak.

Wallahualam.

With my sweetest,
Nina Maslizza
- seorang anak, bakal ibu, doctor dalam beberapa tahun dan yang paling penting, I'M hamba Allah









6 comments:

  1. Smoga kita mash dlm keredhaan ibuabapa kita :) insya ALLAH, selagi hidup nie , hargai la ibu bapa kita dan jangn mensia-siakan mereka , nnti satu hari nnt kita akn jadi ibu dan ayah juga nnt :) thanx for sharing bebeh ..

    ReplyDelete
  2. jangan kerana ibu bapa kita sakit kita membuang mereka terus dari hidup kita.. kenaglah jasa mereka menjaga kita sejak kecil sehingga dewasa.. apabila mereka telah tua tibalah giliran kita pula menjaga mereka..

    ReplyDelete
  3. Macam mane kita layan ibu bapa kita macam tu laa anak kita akan layan kita nanti...

    ReplyDelete
  4. wah pic atok dlm blog seorangg doktor...glamer la atok sy pas ni hehehe...sy selalu ingatkan diri sendiri kalau kita lyn org tua xkira la ibubapa kita ke keluarga mertua ke even sapa-sapa je la insha allah bila kita dh tua nnti kita akan dilayan dgn baik...

    ReplyDelete
  5. salam..lama xdtg sini. nina sihat?
    slmt kembali ke malaysia.

    mungkin dulu warga emas ni xhiraukan anak2 jd skrg anak2 buat perkara yg sama. masyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...