Sunday, 27 January 2013

Russia Rich With Culture

Beautiful shining Moscow Snow and i just lucky enough to see it directly in front of me

Going out during winter this year and my mum just called me before that. 

She said: " Moscow salji kuat, lebat. ok juga sana?"

Just know that sebab my mum call me. She z right. I went out setelah HIBERNATING almost 1 week dalam bilik dan salji tepi jalan berlonggok sampai dada tapi jalan clear la. (sebab aku pendek kot, tu la sampai dada)

Clearing the road so that orang easily jalan (tapi still licin la)


Outside my window 2011, Globus Hotel


Metro station tempat aku hampir jatuh masa naik esculalator sebab mata wondering around, liar mencari dari mana datangnya angin sedangkan kitorang berada di bawah tanah and seriously tempat ni besar giler. Amacam diorang gali, korek benda ni ar sampai boleh buat besar macam ni?



    Bercerita dengan kawan, he said that he want to see video about Moscow. Terjumpa video pasal Russia. Here we are. Amazing right? Sepa nak datang Moscow angkat kaki? tiket beli sendiri ok. 

   Bertuahnya dapat pijak Moscow ni. Bila snow tu kena matahari memang shining cantik giler. Like i mention before, Moscow penuh dengan art and culture. Selepas zaman kegelapan Eropah, pada zaman renaissance, artist mula berlumba-lumba mempamerkan bakat seni masing-masing. Dan HASILNYA, as we can see Moscow hari ni, full with culture yang membuktikan zaman kegemilangan Eropah dan masih kekal utuh hingga hari ni. 
(University kitorang sendiri ditubuhkan pada tahun 1758, 2013= 255 years)


Video about Russian


Benda alah ni memang famous jadi buah tangan di kalangan pelancong





Moscow river, tempat picnic kitorang masa 1st year. Tepi tu ada Istana. Syok tempat ni sebab banyak pokok

Spring Season selepas picnic with my group mate. Sebelah kanan tu Istana lama dan Sebelah kiri tu Spartive Lake

Friday, 25 January 2013

давай(Davai) New Semester

Waiting for my turn, Anatomy Final Oral Test. Tu dia, mata semakin PANDA

 Alhamdulillah, meninggalkan subject anatomy and Histology dibelakang iNSYA allah ilmu ikut sekali sampai sebelum menghembuskan nafas terakhir. Dengan berakhirnya Final exam Anatomy and Histology, melangkah setapak lagi dalam bidang perubatan, memasuki 4th Sem selaku pelajar perubatan.

I'm just so happy and excited after finish both of these subject. Lega sangat-sangat.

Students yang kena soal
 Yeayy, masuk sem baru, subject baru. After finishing my exam, directly went to library. Excited ni nak study (konon).

Microbiology, Internal disease and clinical examination, ni barulah terasa macam study bidang perubatan. Hopely Allah permudahkan segala urusan sem depan, sampai habis pengajian and jadi doctor yang serve TERBAIK DARI LADANG untuk pesakit-pesakit. Amin


books from library which i get 8 for this 4th Sem exclude BIOCHEMISTRY  and Phisiology
 One more thing, dengar cerita we are officially studying only for 5 years. WOW!!! sangat-sangat mengujakan. Harap-haraplah betul.

Dan akhirnya, Nina yang rajin end up watching movie til 5 am. Bravo..bravo The best part of watching movie alone is you can cry macam mana pun tanpa sembunyi dari sesiapa but seriously, cerita ni sedih juga la.

Mereka bilang, aku berbeza, tidak seperti manusia lain. Tuhan memberiku dunia yang hening. Dalam hening, aku belajar untuk tidak merasa sepi, kerana hening tidak harus sunyi, kerana hening bukan bererti sendiri.


Ayah, mengapa aku berbeza





Serigala Terakhir, kisah 5 orang sahabat lelaki yang end up dengan kisah Tragis


*** Cuti til February. Memang lama kot. Thinkin' bout looking for a jod. Huhh??? No idea

Sunday, 20 January 2013

Maaf Kunci Ketenangan

Experience is the best teacher. This what experience thought me.
Hidup merantau di negara orang memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan alhamdulillah melatih diri menjadi lebih matang Insya Allah. 

Kalau dulu tengok dalam movie. Sekarang i feel it on my hand, i step on my  KAKI. Putih macam bintang tu la butir SALJI dari dekat


Subhanallah.. Cantikkan.. tapi dalam picture ni x clear sangat stick on my baju bebulu. 










Sangat-sangat mengujakan untuk berasa di bumi asing Moscow ni. Instead of salji, bangunan-bangunan yang penuh dengan art dan surrounding yang teratur, I manage to meet pelbagai jenis manusia dari latar belakang yang berbeza, Negara yang berbeza, warna kulit yang berbeza dan yang paling nak tekankan “RAGAM” yang berbeza. MACAM-MACAM ADA.


Dari latar belakang, ada yang berada, ada yang sederhana dan MAJORITY yang kena berhempas pulas cari rezeki. Of courselah, this is Moscow man, Bandar ke 3 termahal selepas Jepun. Kalau di Malaysia, Professor dan Doctor, FULLAMAK!!! Duit dia kira macho tapi Russian Proff…??? Ehmmmm…. Like no one.


“Gaji kecil tapi kos hidup tinggi”


At the 1st place ingat bangunan ni macam historical place or what. Rupanya bangunan biasa jer


Tahun pertama studying medicine, I’m staying with Alzerbaijan, Turnisian, Indonesian mix Malay, Chinese Malaysian dan Malaysian. 2nd year pulak stay dengan Nigerian dan Malay. MACAM-MACAM ADA.



Ragam yang berbeza. Like I said, ragam yang berbeza yang saya nak tekankan dalam post kali ni. Dengan ragam manusia yang berbeza, ada yang boleh kita terima, ada yang PELIK buat kita rasa “EWWW, entah apa-apalah dia ni” dan ada kerenah yang sometimes buat kita rasa “ ARGHHHH, sakitnya hati.”

Tabiat pelik dan menyakitkan hati tu yang kadang-kadang membuatkan kita terasa nak BLAHH dan berambus (as long as tidak tengok orang yang menyakitkan hati tu). Kalau kita blah, mengalah, is it meant that dia menang? Macam tu ekh..? So, kita kalah? Korang rasa macam tu?

There was 1 day i completely frustrated with someone but I can’t let it out, can’t show it. Arghh,, sakit..sakit... What I do??? I go out on 7 pm (during winter). ALONE. If I stay memang akan jadi another kes bunuh ROOMATE.

Masa dalam Metro(train)  istigfar banyak-banyak, muhasabah diri, try to be positive and this is the outcome.  ( keep reading….)



Kadang-kadang (macam selalu pulak huhu), orang buat kita sakit hati sampai rasa nak balas balik pun ada. (tapi kalau balas balik alamatnya perang dunia buat kali ke-3 la Russia). Sakit tu memang sakit tapi kita tak dapat apa pun malah orang yang menyakitkan hati kita tu tidak terkesan sikit pun. ( maybe makin happy ada lah)

So, buat apa nak simpan perasaan sakit hati yang membuahkan dendam dan benci tu? Kan senang kalau buang jauh-jauh, jangan sakitsakit hati lagi. ( dalam hati pembaca - "eleh, cakap memang la senang. Ingat senang ker nak buang perasaan tu??")

Senang atau susah, we have to try. I found the key untuk buang perasaan tu, so for me, its easy peasy.

 FORGIVENESS. Yes, that is the key. First, we have to forgive the person yang buat kita sakit hati untuk dapatkan balik ketenangan hidup yang selama ni kucar kacir disebabkan oleh orang tu. ( mesti semua benda yang orang tu buat, salah dimata kita kan).

Dengan memaafkan orang lain, jiwa akan lebih tenang berbanding memahat dendam dan benci menjadi batu hitam yang keras dalam hati.

Menyimpan perasaan dendam dan benci pada seseorang boleh dianalogikan seperti menyimpan ikan segar. Pada mulanya ikan tu segar tapi sebab dah simpan lama, makin lama ikan tu makin berbau. Begitu juga dengan dendam, benci atau perasaan yang tidak baik terhadap orang lain. ( Termasuklah buruk sangka atau yang sekutu dengannya)


One of the bulding in Moscow. Attractive kan?

 Sedar atau tidak sedar, perasaan itu sendiri yang menggelapkan hati dan membuatkan jiwa tidak tenang. Bila hati dah gelap, mulalah busuk hati. Bila dah busuk hati, orang surrounding pun lari. SO, jangan sakit-sakit hati lagi. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Insya Allah, semua yang datang kepada kita adalah ujian dari Allah, proses pematangan yang membuatkan kita lebih dewasa. 

INGAT, Allah sedang menguji, dunia bukan syurga.

*** peringatan untuk diri sendiri dan sekadar perkongsian bersama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...