Assalamualaikum Readers
Air strike yang telah dilancarkan oleh tentera Israel
terhadap Gaza mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak
berusia 11 bulan.
Walaupun ramai insan berjiwa murni yang ambil peduli
nasib mereka di bumi berdarah Palestine, tidak kurang juga jumlah pihak yang
menyokong tindakan tidak berperikemanusiaan Israel.
Focus dalam minit 2.40, Owen Jonas, on BBC
Owen Jones, journalist, menyatakan dengan jelas kepada
dunia melalui debat Gaza/Israel BBC, beberapa pihak yang menyokong tindakan Israel dengan
menyalurkan bantuan ekonomi kepada tentera Israel. Antara pihak yang memberi bantuan
ekonomi kepada tentera Israel seperti yang disebut oleh Owen ialah Britain dan Negara-
Negara barat (Western).
Rakan-rakan sekalian yang bijak, kawan-kawan yang tengah
study dekat University Malaysia, Mesir, dan khususnya kepada mereka yang
belajar di Negara barat, atau dimana pun anda study, mari kita bersama berfikir
sejenak,
“Apakah penggerak ekonomi Britain dan Negara Barat? Apa
yang menyumbang pertumbuhan ekonomi pihak-pihak tersebut”
“dan apa kaitannya dengan kita?”
Sudah tanya diri sendiri, da fikir jawapannya?
Ini mungkin dapat memberi anda sedikit hint
“Woww, dia guna barang branded la, kelasla u Maria.”
“perghh, made in Britain. Cool bro..”
“Hari ni aku guna Playboy. Confem aweks melekat”
“Jom p McD, sedap”
Sudah semestinya ekonomi tidak dijana dengan sendiri.
Sedarkah anda bahawa kita (anda dan saya sendiri) juga termasuk dalam golongan yang
menyumbang kepada peningkatan ekonomi mereka? Bagaimana? Sudah semestinya
dengan membeli produk-produk mereka, menggunakan perkhidmatan yang mereka
sediakan. Contohnya, Coca-Cola, McD, playboy dan banyak lagi.
Ini bermakna, secara tidak langsung, kita juga menyumbang
kepada tentera Israel. Menyumbang kepada pembunuhan kanak-kanak yang tidak
berdosa tanpa kita sedari. Ini juga bermakna, bila kita dengan bangganya makan di
McD, bangga menggunakan barangan yang kononnya branded dari Britain dan Negara-negara
barat, kita juga bangga menjadi pembunuh.
So, fikir-fikirkanlah. Untuk terus menjadi penaja pembunuhan
secara terbuka, jenayah terbesar dunia yang tidak diadili atau mungkin
melakukan sedikit perubahan.
Start hari ni, bila keluar beli barang, guna perkhidmatan atau produck, think wisely sama ada product atau perkhidmatan yang kita gunakan berkaitan dengan Israel atau tidak. If Yes, you know what to do. Ada banyak lagi product yang support tapi kita buat yang termampu ok
Jadilah pengguna bijak. :)
Jadilah pengguna bijak. :)
Tepuk dada tanya selera lah :)
ReplyDeletedon't be selfish egoist becoz nk makan sedap n nk tunjuk lagak kaya.
ReplyDelete