Wednesday, 20 March 2013

Segmen : Saya Suka Tudung Bawal By SE

Segmen dibawakan oleh SE


kenapa korang suka pakai tudung bawal?
For me, saya suka pakai tudung bawal sebab:
- tak perlu lilit-lilit sana-sini. Senang nak guna.
- muka pun tengok muka budak baik dan innocent.harharhar (teknik penyamaran terbaik)
-sesuai dengan bentuk muka saya

Aku Cinderella Moscow - Kasut tertanggal di pintu masuk airport

KLIA 2011 masa  tunggu flight  nak ke Russia
Mengenang memori pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Moscow.

Bila sampai airport Demodedovo, Moscow (DME), aku direct ambil troli dan letak barang. Sebab dah sesak sangat, aku ambil jer mana-mana troli. Last-last troli tu rosak. Kena tolak sepenuh tenaga baru dapat gerak. Dah lah penat on the way berapa belas jam. Transit lagi. Flight dari Sabah lagi. Tambah-tambah berat barang total tu lebih 40 kg.

Dengan kepayahan menolak troli, boleh pulak kasut tertanggal sebelah betul-betul di pintu utama airport tu. 

Ya Allah, malunya.

Nasih baik di Russia, orang jatuh tergolek-golek pun mereka akan buat tak reti je. Kalau di Malaysia ni, confirm aku kena gelak sampai tergolek-golek.

Dah kasut tanggal tu, ada sorang lelaki ambilkan kasut tu dan bantu tolak troli tu. Woww, my prince charming. Dia cakap, "how come the small you can bring all these big stuff". Aku pun senyum tersipu-sipu malu tapi dalam hati tu "kau tolak baru kau tahu rasanya tolak benda tu" tapi syukur sangat ada orang bantu.

My evil prince charming tu merupakan pelajar 3rd year. Kami satu university. Dia yang handle setiap kali ada pelajar baru Malaysia datang Moscow. Masa dia tengah marah pelajar yang baru datang sebab buat kacau, boleh pulak dia senyum tengok aku. Ceh!!!

 Nama dia? Evil prince charming. Kenapa evil prince charming? Because i am Cinderella Moscow and nothing called charity here

Tuesday, 19 March 2013

The Loss Spring On Moscow

Picture was taken on 19th March 2013, From my tingkap bilik appartment tingkat 7. Nampak tak bus stop depan tu? Setiap hari aku dok sana tunggu if nak p kelas. Naik tram by. 
Today i skip my Internal Disease (ID) class again. ==" Sakit kepala doehh. Mungkin factor cuaca kot. Ya Allah, bilalah snow ni nak berhenti. Sejuk tu tak lah sejuk sangat tapi entah kenapa hidung dengan kepala sakit tiap kali keluar (malas p kelas cakaplah). Seriuslah ni sakit, mana ada excuse.

Cepatlah spring. Tidak sabar mw  curik bunga tulip dari taman. harhar


gambar Spring tahun lalu jadi mangsa


here comes the sun - introduced by Mat Lutfi masa tengok dia graduate


Semoga mentari yang bakal bersinar akan bawa ceria untuk semua hidupan di muka bumi ni dan hati turut berbunga-bunga like spring. Awan mendung dan cold snow, shu2 datang lagi next winter.

Mimpi Dari Perspektif Islam dan Psychologist


Mimpi. Setiap orang pernah mendapat mimpi. Ada pembaca yang tidak pernah mengalami mimpi? Menurut Dr. Maslizza (saya la tu), mimpi boleh dikategorikan kepada 3:

1. Gambaran masa depan
- Dalam Al-Quran, Allah menceritakan kisah Nabi Yusuf yang berkebolehan mentafsir mimpi. Selain itu juga, mimpi terbukti dapat menceritakan perihal masa depan seperti dalam surah Yusuf ayat 4:



Nabi Yusuf a.s. telah bermimpi melihat 11 bintang dan matahari serta bulan tunduk kepadanya yang membawa makna 11 saudara kandung Nabi Yusuf patuh kepada Nabi Yusuf apabila beliau menjadi pemerintah yang berkuasa di Mesir. Ayahnya, Nabi Yaakub yang memahami makna mimpi tersebut meminta agar menyembunyikan mimpi itu dari saudara-saudaranya kerana bimbang akan menimbulkan iri hari mereka. Berapa tahun kemudian, Nabi Yusuf menjadi salah satu orang terhormat di Mesir.

- Allah tunjukkan gambaran awal berkaitan dengan masa depan seseorang dalam mimpi atau pun bahasa glamernya Deja Vu

2. Terjemahan Perasaan
- Dari aspek psychology (ni yang saya study. Any info boleh tambah), mimpi boleh terjadi sebagai terjemahan perasaan yang tidak terluah atau tidak terungkap yang dipendam sama ada sedar atau tidak sedar. Contohnya, individu yang baru kehilangan seseorang yang penting dalam hidupnya biasanya akan mengalami mimpi berdiri di atas tanah. Kemudian tanah tempat berpijak tu hilang. Ini kerana perasaan hilang tempat bergantung apabila individu tersebut terasa kehilangan termasuklah meninggal dunia.

3. Mainan syaitan

# Bila kamu mimpi, cuba ingat balik. If mimpi tu kuat (ingat gila2), try tengok mana tahu Allah nak tunjuk something. Kalau tak pun, mungkin tu cara hati berbicara dengan kamu. Penting ni sebab kita kadang-kadang tak sedar apa yang kita rasa sendiri. So, sangat penting untuk kesihatan (sakit kepala, sakit perut dan banyak lagi adalah tindak balas apabila jiwa dan raga tidak bersatu. Hati kata lain tapi badan buat lain.)

Mimpi yang tak seberapa jelas, samar-samar, mudah hilang dan lupa tu mungkin mainan syaitan. So, jangan layan sangat




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...