Sunday, 31 March 2013

Penjawat Awam Dilarang Menghadiri CERAMAH Yang Dianjurkan Oleh Pembangkang


Dari video Nikki Minaj or what ever her Name dalam lagu yang menghina Islam dilirik lagu minah barbie terbakar tu, I found this video on youtube http://www.youtube.com/watch?v=wkvj__tE4HY, published on 3rd Disember 2012.

Selama ni tak tahu pulak penjawat awam tak boleh menghadiri mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pembangkang. Is it? Well,tak tahu sangat about politic. 

Guru agama sementara dari Labuan yang telah berkhidmat sejak 5 January 2011, dipecat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas menghadiri ceramah Pakatan Rakyat. 

Menurut video, dalam perbualan telefon antara pemimpin UMNO setempat dan guru tu,

"sebagai kaki tangan kerajaan, beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti UMNO"
"Saya sendiri ingin mengenal siapa pemimpin yang bakal diundi" Ulas Qatrun Nada Mohd. Latfi yang mendakwa menghadiri ceramah tersebut kerana ingin mengenal pemimpin yang bakal diundi memandangkan beliau mengundi buat pertama kali.

She doesn't mention about her involvement dalam parti pembangkanG. Beliau hanya mengaku terlibat dalam Non Goverment Organization (NGO) dimana organisasi tersebut menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Kesian. Orang nak buat aktiviti kemasyarakatan pun boleh dipolitikkan, Nanti, orang nak buat baik pun takut.
   


Kalau betullah, kerja nanti rasa tak bebaslah pulak. No offense, just sharing and nak kepastian dari individu-individu yang bertauliah dan pakar.

Saturday, 30 March 2013

Forever Young

Dear readers,
Proses pematangan itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Berdiri diatas kaki sendiri @berdikari is a part of being matured. Russia - Malaysia, dengan jarak lebih kurang 8118.86 KM, 4380.9 Nautical Miles atau 5044.96 Miles, I am forced to BERDIKARI without my parent nor my siblings.

Dulu, bila sakit boleh merenggek kat mak. Walau sometimes mak tak layan tapi a bit relief because at least, i know that someone will take care of me in most critical case. Sakit tak sakit, my mum or sis will cook. 

Sekarang, sakit tak sakit, tetap kena masak sendiri. Nak masak mesti ada bahan. Then, have to go out untuk beli barang dapur. Kereta? Nope, pengangkutan awam. So, i have to carry all the barang dapur by my self. Pernah sekali tangan ni luka sebab barang tu berat. Ya Allah, hari beli barang gonna be my bad day ever. So, i decided not to buy sekaligus. Berat. Now, baru faham perasaan my mum setiap kali beli keperluan dapur. 

Allah hantarkan utusan pelindung diri ini dalam jasad seorang ibu. Semoga Allah turut
 menghantar malaikat-malaikat untuk melindunginya, menenangkan jiwanya, meringankan bebannya juga menebarkan kasihnya berlipat kali sebagaimana yang dia lakukan untukku selama 22 tahun.

I just wish that i'll be teenage forever and my mother's small daughter. 

Friday, 29 March 2013

Practical at Queen Elizabeth 1 Hospital, Respiratory Department

Alhamdulillah, attachment  for elective posting, second year already approve. 
Hopely dapat kumpul sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman masa practical. 


Date: 24 June - 12 July 2013
Place: Queen Elizabeth 1 Hospital
Department: Respiratory.


Saya nak jadi doctor yang hebat. 

InsyaAllah, Semoga segala ilmu yang dipelajari tercurah ketika diperlukan. Bukan hanya teori semata-mata tetapi dipractikkan. 

Thursday, 28 March 2013

Wanita Berkumis, Bebulu Girl dan Keinginan SEXUAL


don't know who is she but look like Bella Swan versi bebulu girl. During teenage maybe. Don't know lor


Last year, my housemate were Alzerbaijan and Turnisian. Umur mereka atas 25 dan sangat-sangat mementingkan penampilan dan kecantikan luaran. Laila dari Turnisia cakap, lelaki Turnisia sangat demand dan menilai wanita sangat-sangat terperinci. That is why she have to take care every single thing sebab mata lelaki di negaranya macam helang yang dapat tengok dan  akan menilai sangat-sangat detail even facial hair yang sangat-sangat halus.


Sebab tahun lalu aku lebih jantan dari yang jantan, so they do some make over termasuklah remove facial hair yang halus yang selama ni aku buat tak kisah dan tak nampak termasuklah yang di atas bibir tu. Tak tahu apa hukum dalam Islam bila bersihkan tapi sakit ya ampun. Menangis masa Sue tarik benang tu.

"Nina, are you boy?" soalan maut yang buat aku terpaksa teruskan juga. Bagi European, wanita ada facial hair ni sangat-sangat pelik macam ewww, wanita berbulu?

this absolutely wasn't me

Bagi wanita, facial hair yang di atas bibir tu nak panggil apa? Kumis? Wanita berkumis? Normal bulu tumbuh di atas bibir bagi wanita tapi bila lebat dan kasar, memang pelik. Boleh jadi factor hormone. 

Pernah dengar tak orang gosip-gosip makcik-makcik, pakcik-pakcik, abang-abang atau kakak-kakak cakap, orang berbulu tu kuat nafsu? Pernah dengar tak? Fakta atau auta? 

Based on hormone that i study, sex appeal and secondary sexual characteristic dikawal oleh satu hormone yang sama. Secondary sexual characteristic tu termasuklah bebulu. Bukan buluh tapi bulu-bulu.

Ni hypothesis yang aku buat semakin banyak bulu, semakin kuat keinginan sexual. Hypothesis aku, bukan pakar dan belum terbukti. Andaian semata-mata. Lagipun, kadar pertumbuhan bulu tidak hanya bergantung pada hormone semata-mata. Ada juga faktor lain yang mempengaruhi pertumbuhan bulu.

Anyway, semua girls out there ciptaan Allah yang sememangnya cantik luaran dan insyaAllah cantik dalamnya juga, tidak kisahlah macam mana penampilan kamu, don't worry, be happy. Sebab, kamu akan sentiasa kelihatan cantik dimata lelaki sejati tidak kisahlah walau apa jenama baju pun yang kamu pakai atau aksesori apa jua pun yang bertenggek dibadan kamu. You are naturally beauty girls.  

#tapi bagi muslim sejati, hanya isteri yang tutup aurat dan wajah bersih dari calitan make-up sahaja yang akan nampak cantik. Macam mana nak ambil wuduk 5x sehari with make up? Calit  5x sehari lepas solat?

Wednesday, 27 March 2013

Cinta Jarak Jauh - Pro lebih Atau Kontra?


♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
.....ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ...


Lepas kena jangkitan dari cakaran kucing (click), aku menulis entry ni dengan mata yang bengkak (click untuk tengok dan baca) mengalahkan bulldog makcik Russian tingkat 6 yang selalu buat aku berdebar-debar setiap kali naik lif. Apa tak nya, buka pintu lif, bulldog ni terus terjah masuk dalam lif siap  hidu-hidu aku lagi. Sakit jantung. Kalau saiz kecil tak pa, ni mengalahkan saiz badan aku yang tetttttt, kering. Besar gila anjing dekat Moscow ni. Now, percaya saiz anjing Shaggy dalam Scooby Doo tu memang real besar.




Apa pandangan korang mengenai cinta jarak jauh? Ada yang cakap susah nak bertahan, ada yang cakap blablabla... dan ada yang cakap:

 " cinta jarak jauh ni ada kebaikan dan keburukannya"

kebaikan: dapat  pasang spare part
Keburukan: nanti jadi spare part

Itu bukan cinta namanya. Itu saling memperguna. Cinta tu perasaan sayang yang akan membawa seseorang kepada tindakan-tindakan yang membuatkan orang yang dicintainya bahagia. Bahagia bukan didunia semata-mata tapi juga diakhirat. Cinta? Saya cinta pencipta, rasul, my parent, Mr. Panda dan seluruh hidupan.

For me, cinta jarak jauh memang ada pro and contradiction. 

Kadang-kadang, berbalah tak tentu pasal. Mungkin sebab terlalu rindu atau curiga maybe. Off coarse lah, you tak tengok apa yang dia buat. Setia atau tak? All you have to do is trust him/her and let the rest to your faith tapi jangan percaya bodoh-bodoh pula.

Manusia ni selalunya akan hargai sesuatu hanya bila kehilangan. Bila berjauhan, barulah kita akan sedar betapa bermaknanya seseorang tu untuk kita dan nilai kita untuk seseorang. 

Allah nak jaga hubungan tu dengan memisahkan jarak. Bagi yang dilamun cinta tapi masih belum bernikah, selain bernikah this is the best solution. Bagi yang dah kahwin? Erk, no komen. Tu cara nak hukum pasangan kot.


Walau macam mana beribu KM jauh sekali pun, jarak tu hanya tinggal angka bila hati dah benar-benar berpaut.

Siapa cakap cinta jarak jauh susah..? Allah berada beribu-ribu batu jauh di arsynya sekali pun, mampu bahagiakan hamba yang percaya, cinta dan mencintaiNya. Itulah yang kita panggil, jauh di mata, dekat di hati. 

Pencarian rakan beloglist April & Mei by cik akak

Click untuk Join sekali.. Meh meriahkan segmen kawan blogger kita

Harap-harap sempat jadi peserta 20 terawal..

Segmen: 300 bloggers


My Face After Infection by Cat Scratch

♥ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
.....ᗩᔕᔕᗩᒪᗩᗩᗰᑌ'ᗩᒪᗩIKᑌᗰ...

Tu dia, mata Jipun mai. Bengkak gila. Pagi tadi tak dapat buka. Terpaksa p bilik air dengan mata yang tertutup
25 March 2013, dalam jam 7 petang, aku dicakar oleh kucing menyebabkan aku terinfeksi oleh Bartonella. Kesannya, aku demam. Selain tu, ada symptoms yang lain tapi berbeza ikut individu. Esoknya, aku sakit tekak dan sesak nafas. Bila nak menelan memang sakit. Menguap pun sama. Sakit tu sampai telinga. 

Malam 26 March, mata mengeluarkan cecair dan mula bengkak. Najis mata. (hek elleh, cakaplah taik mata) OK, tahik mata. Hari ni, tak dapat buka langsung bila bangun tidur. 

Bibir pun merekah sebab Fever. Terasa diriku comel dari biasa. Ahakkss. (Ko tunggu malam Nina. P tengok cermin. Dengan mata yang merah, ada ko takut dengan muka sendiri) Yup, seram juga lah tinggal sorang tengok cermin dengan mata merah
How to overcome this?
- Selain jumpa doctor yang akan bagi ubat, minum air banyak-banyak. Demamkan, badan panas. Kita sejukkan dengan air.
- Letak ubat titis di mata untuk mengembalikan kelembapan mata.
- Untuk sakit tekak, boleh minum air asam campur halia. Dah try, tapi masih sakit.
- Ada cara lain? You may comment below to share yours.

MARA - Tiada Lagi Pinjaman Pelajar Luar Negara

Wah, terkejut beta mendengarnya.(baca). Dalam print screen tu menyatakan bahawa:

Mulai 2013, MARA tidak lagi menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar persendirian yang mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan Ijazah Sarjana Muda Farmasi di universiti luar negara seperti Mesir, Russia, Indonesia dan lain-lain negara.

Nak tahu lebih lanjut, boleh cek di Laman web rasmi MARA. Click sini

Tuesday, 26 March 2013

Bloglist Super Muslimah

Click untuk tukar ke super muslimah. XOXO Okm click untuk jadi sebahagian blog Super Muslimah


Sebab korang patut join:  
Jika dipilih , korang akan dilebihkan tempoh menjadi bloglist Ain.
- 10 - 15 blogger terpilih untuk dimasukkan ke dalam bloglist Ain selama 3 bulan .   
- Syarat Simple giler. Tak payah nak follow and click banyak-banyak. 

BLOGLIST SELAMANYA BY DOUBLE AA

Click untuk join 

Monday, 25 March 2013

Andai Aku Seekor Kucing

Salji terus menutupi bumi Moscow walau sepatutnya dah SPRING
Andai aku seekor kucing. Ni dah meroyan sebab kena cakar oleh Bobo kot.. haha Tiadalah.. 

Just wondering, macam manalah perasaan kucing ni ekh? Duduk rumah sorang2 (orang ke Cik Nina? ) Oklah, duduk rumah seekor-seekor. Beliau tidak bosan ke arr? (Serius merapu-rapu dah + hyperactive)

Mata Mr. Bobo masih berair. Tu dia, buat muka ganas. Ingat aku takutkah?.. aRGH, Comel giler macam mau cakar-cakar tapi belum sempat sentuh Bobo dah angkat kaki dulu, prepare.. 
Andai aku seekor kucing, jilat bulu sendiri guna lidah. Yuikks. 

# tapi boleh buat muka comel kalau nak minta makanan dengan tuan

Kucing Cakar- BAHAYA


Siapa tak suka kucing angkat kaki? Comelnya kucing ni. Comel pun comel juga tapi be carefull.

Minggu lalu my house mate, Auji bawa kucing nak bela. His name is Mr. Bobo. Malam tu juga mata dia bengkak dan merah. Lepas tu demam. Banyaklah assumption aku buat termasuklah infection dari kucing tu sebab mata Bobo berair. Yes, it is. 
Masa bawa masuk Bobo dalam rumah, Auji kena cakar. 



Tahukah anda? Adakah anda tahu? (Ceh, samalah tu Nina)
Kucing ni sebenarnya reservoir untuk bacteria Bartonella henselae. Bacteria tu bentuk rod dan gram negative. Kucing akan pindahkan bacteria tu melalui gigitan atau cakaran. 

Kesannya, orang yang terkena jangkitan tu akan mengalami demam atau dalam bahasa om putihnya kita panggil fever. Fever ni dalam satu atau dua minggu. Selain tu, ada juga symptoms lain. Sesetengah orang boleh develop symptoms yang lain tapi sesetengah tidak. Contohnya sakit kepala, sakit pinggang dan lain-lain.

Hari ni aku kena cakar oleh Mr. Bobo yang tak seberapa nak comel tu (Tu dia Nina. Dah kena cakar tak comel dah) ~ padan muka sebab main kasar dengan Bobo.

Demam? Yes, tak payah p kelas.... ^_^

Sunday, 24 March 2013

My Preparation Sebelum Bergelar Isteri

Just done cooking for my lunch. Nampaknya ribut salji diluar. Nasi hari ni hari ahad. Tiada kelas. Tadi masak nasi campur susu. Pernah buat tak? Ni resepi yang kawan serumah dari Alzerbaijan share. Orang bugis cakap malundrak. Confirm kamu tak faham.




Sebelum masak tadi terfikir: "aku kena buat list ni pasal perkara yank nak kena ubah sebelum kahwin."

Dah nak kahwin ker Cik Nina oi? Eh, mestilah nak, siapa tak nak. (gatai) Bukan gatal tapi tu fitrah bagi setiap insan yang bernyawa. Nak kahwin, tapi bukan sekaranglah. Just get prepare!!! Sediakan payung sebelum mendung. Dup dap dup dap, terus hujan senang. So, get prepare.

Here come the lists preparation untuk jadi isteri that so far i sempat terfikir:

1. Masak
- Kena pandai masak. Orang kata, ikat suami guna anak. Bagi yang masih belum mempunyai cahaya mata, ikat suami dengan masakan. Bukan ikat macam ikat tali, tapi ikat dengan kasih sayang. Ya lah, air tangan isteri. Plus, perut kenyang, hati senang. Senanglah hati suami bila dapat makan masakan korang. Korang tak happy macam ni?

- Bagi yang tak pandai masak, you should belajar masak sekarang. Ada pembantu rumah atau tak, MESTI pandai masak. Kalau suami jatuh hati dengan pembantu rumah jangan salahkan maid pula. So, kena pandai masak walau tak lah terer macam master chef.

# Kena upgrade masak lagi.

2. Pergaulan
- macam dalam entry Acik (+Aku Penghibur) tadilah, lelaki jangan kahwin dengan wanita yang layan lelaki. Layan tak layan, bila kerja mesti akan berkomunikasi dengan lelaki. Kadang-kadang, even dalam urusan kerja orang boleh salah faham. Lebih-lebih lagi bila ada orang dengki. Mulalah buat cerita.

# So, kena bijak dalam berurusan dan pergaulan. Jangan sampai terjadinya fitnah. ~ Imagine kalau suami korang ingat korang ada scandal dengan rakan sekerja?

3. Teknik tackle suami
- Sensored untuk umur atas 18 tahun sahaja. Nope!!! Tiadalah. Kena pandai goda suami. hahahaha
UAI cakap, isteri kena sediakan baju seksi khas untuk suami. Hah, barulah suami tak cari lain. Kalau bangun tidur macam pontianak, lepas masak macam hantu kak limah balik rumah, manalah suami tak cari lain.

4. Persiapan zahir dan batin
- ingat kahwin ni all about syurga dunia? Prepare your mentally. 

5. Pengetahuan agama
- Last but not least. Most important kena ada pengetahuan agama termasuklah peranan seorang isteri dan hak-hak isteri. 
~ Peranan isteri - So dapat jalankan tanggungjawap sebagai isteri. (tahu dan dilaksanakan)
~ Hak isteri - Dapat pertahankan diri bila suami gagal menjalankan tanggungjawap sebagai suami. Nanti kena buli suami tak susah








Suami Dera dan Pergunakan Isteri. Binatangkah Dia?

Dengan sepasang mata yang jernih ni, aku melihat dia dibesarkan, dididik dengan penuh kasih sayang, dicukupi segala keperluannya, dimanja, di ajar ilmu yang berguna hingga kemenara gading dan diberikan perlindungan oleh ibu bapa selama 23 tahun. Tatkala ibu bapa menyerahkan amanah dan tanggungjawap tersebut kepada suami, mengharapkan suami akan menjaga anak gadis mereka sama atau jauh lebih baik dari apa yang mereka berikan selama ini. 

Namun, segalanya sirna. Punah dan hancur hati kedua ibubapa melihat puteri yang dibesarkan dengan titik peluh mereka, diperhambakan sendiri oleh suami.  Mengharapkan suami sebagai pelindung tapi sebaliknya suami yang mendurjanakan diri. Terdera bukan hanya fizikal tapi juga mentalnya. Allahu akhbar, terasa bak satu tangan kasar menggenggam ganas hatiku. Sakit dan pedih. Apatahlagi ibu yang melahirkan puteri ini.
 Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '
Ya Allah, hati kewanitaan ini turut pilu dan sebak tatkala mendengar kisah wanita yang baru sahaja selamat melahirkan bayi untuk suaminya, dicurangi dari saat bermulanya pernikahan mereka, ketika dia mengandung juga selepas melahirkan zuriat untuk lelaki tidak berperikemanusiaan itu.  Menitis air mata ni. Walau diri ini tidak berada ditempatnya tapi cukup untuk merasakan derita dijiwa seorang wanita bergelar isteri. 

Tidak cukup dengan dicurangi suami, malah diperhambakan dirumah mertua. Badannya kurus mendadak, cekung. Satu ketika dahulu, dia pernah terlantar di hospital lantaran kandungannya lemah kerana kurang rehat dan terlalu banyak berkerja. Tidak cukup dengan kerja pejabat, ditambah pula dengan kerja-kerja rumah termasuk mop lantai menggunakan tangan setiap hari. 2 kali sehari atau mungkin lebih. Apalah ertinya teknologi dicipta jika bukan untuk memudahkan manusia? Sekadar perhiasan untuk dijadikan tontonan jiran yang berkunjung?
  

Adakah akad nikah itu kontrak kekal untuk memiliki orang gaji tidak berbayar seumur hidup? Tidak!!! Sungguh cetek akalmu wahai LELAKI DURJANA. Akad nikah sungguh suci dan lebih bermakna dari itu. 

Memang tugas isteri menjaga kebajikan suami. Dalam Al-Quran tercatat sebegitu. Ya memang tugas isteri menjaga kebajikan suami tapi Allah tidak pernah berfirman untuk menjadikan isteri hamba didalam rumah tangga sebaliknya isteri selaku peneman hidup yang BERHAK untuk merasakan kasih sayang seorang bergelar suami. Kasih sayang itu tidak hanya dilafazkan melalui bibir tapi turut terzahir melalui perbuatan.  
'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. ' (ar-Ruum:21)
Rasulullah s.a.w., khudwah hasanah, sebaik-baik ikutan sepanjang zaman. Pemimpin terhebat sepanjang zaman. Walaupun begitu, baginda sering membantu isteri dalam mengendalikan urusan rumah tangga termasuklah menjahit sendiri baju yang terkoyak dan membantu isteri menyiapkan hidangan. 

Wahai wanita yang ku sayangi, 
doaku moga sabarmu tiket untuk ke syurga, bahagiamu kelak pengubat duka semalam. Kekuatanmu sumber kekuatan dan perlindungan hero kecilmu. Bak ribut yang melanda, insyaAllah, pelangi cerah menemukan duniamu esok hari.  

Amin ya rabbal alamin,

Segmen Bloglist Penggal Ke-2 & Review Blog.

Click banner untuk join segmen awsome ni
Mana tahu dapat. haha 

Blogslist April

Click banner di atas untuk join 

 Nak join segmen ni. Mana tahu menang, boleh jadi bloglist untuk blog penganjur ni

Friday, 22 March 2013

Kelas Sukan : Skiing

We are 1 Malaysia even stay in Moscow. Ada India, ada Cina, Malay pun ada. Macam-macam ada. Jom skiing. Here we goooo.... 


Vincy, Atun and I.
Ada peningkatan. Last 2 week jatuh lebih 5 kali. Tadi tak jatuh langsung. Waiting for skating

Dhashaliny SukaMARA. opps, bukan i yang sebut tapi Yuri Vaguine (my physiology lecture. Well, you know Om putih bila sebut nama asian, pelik-pelik dah pronounce dia) This is my group mate, Dhashalany Sukumaran and my awesome friend from Seremban ~ saya pernah dok Seremban sebulan~ She is my sumber lecture note.. xoxoxo tomorrow insyaallah gonna be my 2nd lecture yang i attend. Rapat dengan dia ni buat aku sangat-sangat rajin datang kelas. :)

# Insya Allah tu maknanya dengan izin Allah dan Allah sentiasa mengizinkan perkara-perkara yang baik. So, Nina!!! You are promising to Allah. Go to lecture tomorrow. Wajip!!!


Last week photo

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

Thursday, 21 March 2013

MY Love Story Part 1– Sebuah Permulaan: Beware What You Wish For


Salju di bumi Moscow masih berlegar menghiasi ranting-ranting dan dahan pokok yang hampir mati. Gersang menanti cahaya sang suria.

Sejuk!!! emph, malasnya p kelas. Buka lattop, baca blog.

Seronoknya mereka, adik-adik yang dapat result SPM. Keseronokan itu jugalah yang pernah aku rasakan, sebagai penutup tirai alam persekolahan. Empat tahun berlalu tapi memori tu masih segar mendominasikan carta memori yang paling sweet, happy and unforgettable. 

Pada zaman ini jugalah, aku menemukan seseorang yang bakal menjadi pendamping hidupku selamanya, menginginkan tidak hanya bersama di dunia tapi juga di akhirat insyaallah. Siapakah dia yang Allah catat di Lauf Mahfuz sebagai pasanganku? 

Dayang Aisyah Abd. Rahman, my cutie adopted sister masa di asrama. Pasangan? Off coarse not. She is a GIRL ok, ahli silat dan tinggal sebilik. Cinta hatinya juga pesilat tapi dari sekolah berlainan. Sebab dia, aku mengambil keputusan untuk menyertai pasukan silat. 

Selain dapat mempelajari ilmu mempertahankan diri, boleh jumpa soul mate, belahan jiwa. Boleh pulak aku terfikir dan niat macam tu? You get what you wish for Nina tapi Allah bagi dengan cara yang lain. So, beware with what you wish for. (Kalau aku wish jadi kaya? Korang boleh makan dengan roti)

Silat, yes I was. Soul mate? Wah, macam cerah sikit dah. (Ubah topic). Will continue next time. Off to hygiene class. Keep reading ok.

SPM Result: Antara Exam, Ujian dan Hikmah


Hari ni keputusan SPM bagi batch 2012 dah keluar. Sedar tak sedar, aku dah tinggalkan alam sekolah menengah 4 tahun.


Amacam result adik-adik? Ok? Alhamdulillah bagi mereka yang mendapat result yang wallah, superb cemerlang. Jangan sombong-sombong, jangan tinggi diri sebab semua tu datang dari Allah.

Semoga adik-adik yang dapat result yang cemerlang tu meneruskan kecemerlangan adi k-adik dan menjadikan result SPM ni sebagai batu loncatan untuk berilmu (dapat study di University pilihan dan terkemuka) dan beramal (kerja) semata-mata kerana Allah.

Mari kita mengambil pelajaran dari kisah Qarun, Firaun dan Haman yang diberikan nikmat dunia tapi nikmat itu membuatkan mereka semakin kufur.

 Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah kamu lupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi dan berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan.  
Dia (Qarun) berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku”.  
Dan apakah dia tidak mengetahui bahawa Allah  telah membinasakan umat-umat sebelumnya  yang mana lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu  tentang dosa-dosa mereka.  (Surah al-Qasas, ayat 76-78).

Bagi yang kurang memuaskan, jangan sedih-sedih. Apa yang korang dapat, tu lah usaha korang selama ni. So, next time buat yang lebih baik dan gigih lagi. (Next time? Mana ada next time lagi. Aku ambil SPM sekali jer seumur hidup) Ya lorr, I mean, next time dalam apa-apa exam, ujian, test, buat lebih baik lagi.

 Dan dia (Qarun) tampil di hadapan kaumnya dalam keadaan segak berhias dengan segala kebesaran yang dimiliki. Maka golongan yang tamakkan kehidupan dunia berkata “Alangkah baiknya kalau kita perolehi sepertimana yang diperolehi oleh Qarun, iaitu kekayaan yang melimpah dan kemuliaan yang besar”. (Surah al-Qasas, ayat 79).


If korang rasa korang dah study berabis tapi result kurang memuaskan, la tahzan. Jangan bersedih. Yakin dengan ketentuan Allah. Allah dah atur yang terbaik untuk hambanya. Pintu hikmah Allah itu sesungguhnya sangat luas.

Nak tahu satu cerita? Ni pensyarah cerita masa study di Matrikulasi. Pensyarah tu cerita dia dapat result gempak tapi kawan tu dapat result ok2 jer. Tak lah teruk sangat tapi tak cemerlang sangat juga. Sebab result kawan tu yang tak seberapa, dia ambil kos yang tak seberapa dia minat, kos yang orang tak ambil sangat. Guess how much gaji dia sekarang? Lebih dari Rm10 000 berbanding gaji pensyarah tu yang +/- RM3000.

Ni kisah yang saya tahulah. Banyak lagi kalau nak cerita. See? Pintu hikmah Allah tu luas. Pagi ni hujan, petangnya mungkin pelangi. Hari ni mendung esok mungkin cerah.

Segmen: Review Blog By Fatisya


Klik untuk join sekali
Tag kawan :
Alia, pelajar cemerlang SPM
Syahirah
Mohd. Ridzwan
Anis

Cara dapatkan $$$ dengan Nuffnang - Ads Placement On Blog

Nuffnang ni lebih kurang macam agensi pengiklananlah. Korang letak iklan yang nuffnang sediakan dalam blog korang dan nuffnang akan bayar for every click that you get.


Ni contoh iklan nuffnang dalam blog
 How to make it?
1. Korang kena ada account nuffnang. Sign up jer di nuffnang.
2. Dah ada akaun? Good. Tengok warna hijau tu? ADD A BLOG. Isi data-data pasal blog korang.
3. Dah isi? Klik manage blog.
4. Tengok add ad unit? click add ad unit


ni contoh untuk mudahkan korang

Lepas click add ad unit akan keluar macam ni
5. Letakkan iklan di blog
- ada 3 tempat yang korang boleh iklan. Leaderboard, skyscraper and large rectangle.
- # setiap tempat berlainan mempunyai cara pemasangan yang berlainan.
- just follow step yang nuffnang dah provide tu ok

Wednesday, 20 March 2013

Segmen : Saya Suka Tudung Bawal By SE

Segmen dibawakan oleh SE


kenapa korang suka pakai tudung bawal?
For me, saya suka pakai tudung bawal sebab:
- tak perlu lilit-lilit sana-sini. Senang nak guna.
- muka pun tengok muka budak baik dan innocent.harharhar (teknik penyamaran terbaik)
-sesuai dengan bentuk muka saya

Aku Cinderella Moscow - Kasut tertanggal di pintu masuk airport

KLIA 2011 masa  tunggu flight  nak ke Russia
Mengenang memori pertama kali menjejakkan kaki ke Bumi Moscow.

Bila sampai airport Demodedovo, Moscow (DME), aku direct ambil troli dan letak barang. Sebab dah sesak sangat, aku ambil jer mana-mana troli. Last-last troli tu rosak. Kena tolak sepenuh tenaga baru dapat gerak. Dah lah penat on the way berapa belas jam. Transit lagi. Flight dari Sabah lagi. Tambah-tambah berat barang total tu lebih 40 kg.

Dengan kepayahan menolak troli, boleh pulak kasut tertanggal sebelah betul-betul di pintu utama airport tu. 

Ya Allah, malunya.

Nasih baik di Russia, orang jatuh tergolek-golek pun mereka akan buat tak reti je. Kalau di Malaysia ni, confirm aku kena gelak sampai tergolek-golek.

Dah kasut tanggal tu, ada sorang lelaki ambilkan kasut tu dan bantu tolak troli tu. Woww, my prince charming. Dia cakap, "how come the small you can bring all these big stuff". Aku pun senyum tersipu-sipu malu tapi dalam hati tu "kau tolak baru kau tahu rasanya tolak benda tu" tapi syukur sangat ada orang bantu.

My evil prince charming tu merupakan pelajar 3rd year. Kami satu university. Dia yang handle setiap kali ada pelajar baru Malaysia datang Moscow. Masa dia tengah marah pelajar yang baru datang sebab buat kacau, boleh pulak dia senyum tengok aku. Ceh!!!

 Nama dia? Evil prince charming. Kenapa evil prince charming? Because i am Cinderella Moscow and nothing called charity here

Tuesday, 19 March 2013

The Loss Spring On Moscow

Picture was taken on 19th March 2013, From my tingkap bilik appartment tingkat 7. Nampak tak bus stop depan tu? Setiap hari aku dok sana tunggu if nak p kelas. Naik tram by. 
Today i skip my Internal Disease (ID) class again. ==" Sakit kepala doehh. Mungkin factor cuaca kot. Ya Allah, bilalah snow ni nak berhenti. Sejuk tu tak lah sejuk sangat tapi entah kenapa hidung dengan kepala sakit tiap kali keluar (malas p kelas cakaplah). Seriuslah ni sakit, mana ada excuse.

Cepatlah spring. Tidak sabar mw  curik bunga tulip dari taman. harhar


gambar Spring tahun lalu jadi mangsa


here comes the sun - introduced by Mat Lutfi masa tengok dia graduate


Semoga mentari yang bakal bersinar akan bawa ceria untuk semua hidupan di muka bumi ni dan hati turut berbunga-bunga like spring. Awan mendung dan cold snow, shu2 datang lagi next winter.

Mimpi Dari Perspektif Islam dan Psychologist


Mimpi. Setiap orang pernah mendapat mimpi. Ada pembaca yang tidak pernah mengalami mimpi? Menurut Dr. Maslizza (saya la tu), mimpi boleh dikategorikan kepada 3:

1. Gambaran masa depan
- Dalam Al-Quran, Allah menceritakan kisah Nabi Yusuf yang berkebolehan mentafsir mimpi. Selain itu juga, mimpi terbukti dapat menceritakan perihal masa depan seperti dalam surah Yusuf ayat 4:



Nabi Yusuf a.s. telah bermimpi melihat 11 bintang dan matahari serta bulan tunduk kepadanya yang membawa makna 11 saudara kandung Nabi Yusuf patuh kepada Nabi Yusuf apabila beliau menjadi pemerintah yang berkuasa di Mesir. Ayahnya, Nabi Yaakub yang memahami makna mimpi tersebut meminta agar menyembunyikan mimpi itu dari saudara-saudaranya kerana bimbang akan menimbulkan iri hari mereka. Berapa tahun kemudian, Nabi Yusuf menjadi salah satu orang terhormat di Mesir.

- Allah tunjukkan gambaran awal berkaitan dengan masa depan seseorang dalam mimpi atau pun bahasa glamernya Deja Vu

2. Terjemahan Perasaan
- Dari aspek psychology (ni yang saya study. Any info boleh tambah), mimpi boleh terjadi sebagai terjemahan perasaan yang tidak terluah atau tidak terungkap yang dipendam sama ada sedar atau tidak sedar. Contohnya, individu yang baru kehilangan seseorang yang penting dalam hidupnya biasanya akan mengalami mimpi berdiri di atas tanah. Kemudian tanah tempat berpijak tu hilang. Ini kerana perasaan hilang tempat bergantung apabila individu tersebut terasa kehilangan termasuklah meninggal dunia.

3. Mainan syaitan

# Bila kamu mimpi, cuba ingat balik. If mimpi tu kuat (ingat gila2), try tengok mana tahu Allah nak tunjuk something. Kalau tak pun, mungkin tu cara hati berbicara dengan kamu. Penting ni sebab kita kadang-kadang tak sedar apa yang kita rasa sendiri. So, sangat penting untuk kesihatan (sakit kepala, sakit perut dan banyak lagi adalah tindak balas apabila jiwa dan raga tidak bersatu. Hati kata lain tapi badan buat lain.)

Mimpi yang tak seberapa jelas, samar-samar, mudah hilang dan lupa tu mungkin mainan syaitan. So, jangan layan sangat




Sunday, 17 March 2013

Moscow Prayer Time: Perbezaan Waktu Solat Ketika Summer and Winter

Do you know that:
- Masa winter waktu pagi sangat pendek dan malam sangat panjang?
- Masa summer pagi sangat panjang dan malam sangat pendek. Malah ada tempat di Moscow yang jadi tarikan pelancong sebab tak ada malam langsung masa summer. Yup, Saint Petersburg akan mengalami malam yang putih, terang benderang masa malam.


White night at St. Pete

Waktu siang dan malam ditentukan dengan kehadiran matahari. Begitu juga dengan waktu solat. Seperti yang anda ketahui, waktu solat bergantung dengan terbit dan tenggelamnya matahari. 

So, waktu solat di Moscow akan turut berubah mengikut musim. Kalau di Malaysia waktu solat tu lebih kurang samakan? Not in Moscow babe. Check this out perbezaan waktu solat di Moscow masa winter and summer.

01 Jan ( Pertengahan Winter )
19.02.1434
Subuh: 7:53
Habis subuh: 9:59
Zohor: 13:34
Asar: 14:54
Magrib: 17:08
Isyak: 19:06

23 Jun (Summer)
14.08.1434
Subuh: 2:51
4:45
13:33
18:04
Magrib: 22:19
0:12

# Memang umphh lah muslim/muslimah puasa masa summer. Sahur jam 1 pagi, buka puasa jam 10.19 malam.

i Was Sleep And Kissed By Bobo

Hari ni En. Panda tak dapat temankan saya sebab hantar bekalan senjata untuk pejuang negara di zone merah Lahad Datu. So, Encik Kucing Bobo ni pulak yang temankan. Siap temankan tidur lagi.

Ni kucing housemate tapi suka lepak dalam bilik saya. Umur dia 2 tahun. Actually owner dia russian tapi memandangkan owner Bobo nak pindah and tak boleh bawa dia, so dia bagi orang lain.

Kebetulan housemate nak beli kucing. Dari beli kucing beratus-ratus ringgit, baik adopt jak.

Bobo ni kesian. Owner russian tu jumpa masa musim salji. Sebab terlalu sejuk, cuping telinga dia dah cacat permanently. 

Habis aku kena urutan pijak oleh Bobo ni time tidur. haha Suka bila Bobo ni dekatkan muka dia dengan mukaku. Cam tu lah cara kami bercommunicate (walau pun kucing ni bukan kucing aku)

Tu dia. En. Bobo buat muka macho. Kucing ni besar gila tapi suka sangat-sangat dengan kucing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...